Tuesday, August 9, 2011

#RESEPI : BISKUT OREO BLACK BEAUTY



Bulan-bulan puasa ni, nampak segala benda jadi terliur. lebih-lebih lagi bila kita nampak gambar-gambar kuih raya yang comel-comel. Memang lepas tu mencari lah kuih tu sampai jumpa. Tapi kali ni aku nak kongsikan satu resepi yang aku jumpa dalam blog masakan. Ala-ala blog Dapur Tanpa Sempadan. Tapi bukan blog tu, ni blog lain, nama blog Masam Manis dan Citarasawan. Dalam blog tersebut ada resepi Biskut Oreo Black Beauty. Jom Layan.



Biskut Oreo Black Beauty


Bahan A
  • 280 gm mentega
  • 200 gm gula castor

Bahan B
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm serbuk koko
  • 30 gm tepung jagung
  • 20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
  • 1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
  • Putih telur
  • Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
  • Coklat masakan putih cairkan
  • Croquant



[sumber : Klik sini untuk bakar biskut oreo]


Cara penyediaan :
  • Pukul bahan A hingga kembang
  • Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  • Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
  • Tekan atas tray hingga habis.
  • Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
  • Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
  • Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
  • Paip kan dengan coklat putih.

Cara lagi senang :
  • Doh yang telah siap itu kita gentel bulat-bulat bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
  • Kemudian golek-golekkan atas oreo hancur tu.
  • Susun dalam paper cup dan bakar.
  • Selepas tu boleh lah melorek atasnya.

Biskut ni masa kita masak dia naik cantik tau membulat. tapi bila dah kita keluarkan dari oven dia akan turun.. jadi jangan panik!

Selamat mencuba dan selamat menyambut hari raya!



8 anak murid kena cubit:

Rtp Farra Arisha on 5:58 AM, August 09, 2011 said... BALAS

nak2 lagi bila tengok cookies yang sedap2. gulppp, memang sedaplah untuk dimakan. hehe.
biksut oreo tu cantik, mesti sedap juga rasanya kan :)

Unknown on 7:15 AM, August 09, 2011 said... BALAS

uishhh... sedapnya~
nasib baik bukak lepas waktu berbuka puasa. hehe. ;)

p/s: umah takde oven... T____T

Unknown on 8:28 AM, August 09, 2011 said... BALAS

wahhhh cik mas,semalam kan baru google cari biskut ni,ibu mintak carikan......kebetulan pulak jumpa yang ni,gambar lagi jelas sebab yang sy jumpa tu dia guna cup hitam,jd xnmpak sgt biskut nya...hehehe...tq 4 sharing....=)

belog|amiyo on 8:46 AM, August 09, 2011 said... BALAS

nampak macam sedap je. nanti nak suruh bini aku buat. haha

cik mas on 3:41 AM, August 10, 2011 said... BALAS

@Rtp Farra Arisha

oreo kan biskut yang sedap and rangup. lebih2 lagi bila kita buat kuih raya. nampak melazatkan :)

cik mas on 3:41 AM, August 10, 2011 said... BALAS

@Alieff

x pe alief, nanti mintak cik bakal isteri buatkan ok :)

cik mas on 3:42 AM, August 10, 2011 said... BALAS

@Maria.....

wlcme sayang... boleh la buat tu anta kat cikmas sket.. hikhik :P

cik mas on 3:43 AM, August 10, 2011 said... BALAS

@belog|amiyo

amboi.. nampak macam suh bini ko buat kuih raya tu dgn segera je.. hehe... x pe.. nanti ko hantar kat aku skit, leh la aku merasa. bulan pose kena sedekah amiyo :P

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas