Assalamualaikum semua. Disebabkan aku baru je lepas oprate minggu lepas. Aku memang mencari resepi memasak ikan haruan ni. Jadi sebelum tu kita semua kena tahu kenapa ikan haruan ni sangat bagus untuk orang baru lepas bersalin dan orang baru lepas kena oprate.
Sumber dari blog Teratak Chetam.
***********************
Ikan haruan sememangnya elok dimakan untuk sesiapa yang baru sahaja performed an operation, tak kiralah apa pembedahan sekali pun, masak bubur ikan haruan tanpa tulang boleh, masak sop ikan haruan elok, panggang ikan haruan pun jadi.. pakai sahaja mana-mana resipi yang pernah disiarkan sebelum ini.
KENAPA ?
Fungsi ikan haruan ialah percepatkan penyembuhan luka, erti kata lain ianya cepat tumbuh daging dan cepat percantuman sebarangan pembedahan. Cara sepatutnya pengambilan ikan haruan ialah makan sekali dalam beberapa hari untuk mengizinkan tindak balas tersebut tadi, dan jika terlalu banyak pengambilannya akan menyebabkan perkara-perkara berikut :1. Luka yang sembuh tadi akan jadi tidak cantik, banyak daging berlebihan tumbuh di sekeliling dan parut kelihatan besar dan tebal gituh..2. Masalah gatal, bukan gatal sebab bisa atau bernanah tetapi gatal akibat geseran daging-daging berlebihan yang tertumbuhnya di bahagian dalam luka... keadaan gatal ini mengambil masa ada yang sampai setahun lebih pun masih terasa.. lama-lama jadi bisa gatal tu pun hilang..
Pesanan Pak Amir, ingat supaya tidak terlalu banyak mengambil ikan haruan, tiada guna mengambil banyak ikan haruan, kita tidak boleh ambil jalan pendek untuk cepat sembuh, ikan haruan sememangnya banyak membantu tetapi tetap memerlukan masa untuk tindak balasnya.. cara mengambil ikan haruan berlebihan sedikit pun tidak akan membantu dalam tujuan penyembuhan pembedahan secara pantas, sebaliknya selepas suatu tempoh masa, daging berlebihan pula jadi !
Kepada mereka yang ada pengalaman ini tetapi tidak tahu kenapa, maka itulah sebabnya kerana anda banyak memakan ikan haruan selepas pembedahan dan luka pembedahan anda sampai sekarang masih kelihatan tidak cantik dan gatal dalam tempoh yang begitu lama..
Masih ingat Pak Amir melaksanakan satu pembedahan few years ago.. pun makan ikan haruan ( bubur dan sup ) sebanyak 2 kali sahaja. Isteri Pak Amir melahirkan anak bongsu secara pembedahan pun Pak Amir sediakan ikan haruan ( sekali bubur dan sekali rebus air akar kayu nanti Pak Amir bagi resipinya ) pun.. makan dua kali sahaja, seminggu sekali selama 2 minggu, hasilnya cukup memadai dan luka garisan pembedahan hampir hilang selepas sembuh..Sekian sahaja buat kali ini, semuga peroleh manafaat daripada artikel Pak Amir kali ini.
Wassalam.
Pak Amir.
*******************************************
Dan yang paling menyeronokkan adalah resepi dari Kak Maslina dalam blognya iaitu Ikan Haruan Goreng Rempah.
Ikan Haruan Goreng RempahCadangan hidangan : untuk 1 orang
Masa penyediaan : 20 minit
- 1 ekor ikan haruan (saiz sederhana)
- 2 inci halia (boleh guna halia muda)
- 2 ulas bawang merah
- 40 biji lada hitam ditumbuk - anggaran sahaja (atau boleh gunakan 2 sudu besar sos lada hitam Chef Wan atau Muslim Best)
- 2 sudu kecil rempah ikan
- Serbuk kunyit (atau kunyit hidup yang ditumbuk halus)
- Air asam jawa dan garam secukup rasa
- Ikan disiang dan dipotong kecil
- Gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit.
- Kemudian, perapkan selama 15 minit
- Goreng ikan hingga kekuningan / garing (angkat dan toskan minyak)
- Tumis bawang (yang telah ditumbuk) dan halia (telah diketuk-ketuk atau dihiris halus)
- Masukkan rempah dan lada hitam. Tumis sehingga naik minyak.Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa dan garam ikut sesedap rasa
* Biasanya dalam pantang kita digalakkan makan dengan nasi yang panas dan minuman yang sesuai ialah air akar kayu.Tidak digalakkan minum air masak terlalu banyak.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa :)
Post a Comment
1 anak murid kena cubit:
wow menariknye fungsi ikan haruan ni..heheh kalau kita ada parut parut jerawat pun leh hilang ke kalau tetiap hari makan ikan haruian ni perghhhh =)