Thursday, August 18, 2011

Semarakkan Semangat Kemerdekaan


Assalamualaikum semua, di harapkan sempena bulan ramadahn ini sama-samalah kita menggandakan amal ibadah supaya kita tidak tergolong daripana manusia yang keciciran kemiskinan makanan rohani.

Pada penulisan sebelum ini, aku ada menceritakan tentang kesihatan aku terganggu akibat pembedahan kecil. Dan pada ketika itu aku sedang menjalankan Program Internship di SK Padang Kala di mana aku MC selama seminggu. Dan tatkala rakan-rakan berpus-pusu menimba ilmu ke kuliah, aku sibuk bula diarahkan ke sekolah untuk mengganti hari cuti sakit seminggu aku yang ada di wad bagi mencukupi jam kredit. Aku redha, biarlah ramai orang cakap aku tak patut ganti sebab ada sahaja manusia yang memonteng tapi tak kena tindakan, yang aku sakit Minor Operation ni pulak pihak kampus suruh ganti. Memang sekejap tetapi tak berperi kemanusiaan. Sabar je lah. Rezeki tak menyebelahi, aku redha. Dan dalam tempoh seminggu aku ganti Internship ni lah, aku dapat melibatkan diri dengan aktiviti sempena kemerdekaan. Ok, Teruskan pada topik.

Yang nak dikongsikan adalah tentang bulan kemerdekaan. Bila berada di sekolah, memang tak dinafikan banyak aktiviti yang dianjurkan. Tapi yang mengagumkan aku apabila guru-guru dan murid-murid Pendidikan Khas Integrasi di SK Padang Kala bersemangat tebal mewarna kain rentang sepanjang 20 meter sempena Bulan Kemerdekaan. Di ulangi, 20 meter, sangat panjang ya. bukan 2 depa. Kami melukis bersama-sama sampai sakit segala pinggang.


Murid Pendidikan Khas pun sibuk tolong cikgu-cikgu mewarna



Mengecat bunga raya


Guru-guru Pendidikan Khas bersemangat menjalankan tugas masing-masing



Penyelaras Pendidikan Khas berbaju kurung pun sibuk mengecat juga


Salam Kemerdekaan dari seluruh warga PPKI SKPK



Mewarna jalur yang tak berkesudahan. 20 meter tu. Sampai lenguh tangan.


Pembantu Pengurusan Murid (PPM) juga melibatkan diri


Aku pun turut sibuk menyumbang bakti.

Bendera masih belum siap di cat. Dalam minggu depan boleh agakanya nak digantung di sekeliling pintu pagar sekolah. Semoga kanak-kanak Pendidikan Khas mengerti apa itu Kemerdekaan. Sekurang-kurangnya dapat menyebut perkataan Merdeka!, itu sedah memadai.


Menyemarakkan semangat kemerdekaan tak semestinya dengan hanya dengan mengecat banner sepanjang 20 meter seperti inisiatif kami. Kita sebagai rakyat Malaysia juga boleh sama-sama bangga menyambut kemerdekaan dengan menceriakan rumah/ kediaman, kenderaan, blog/ laman web, mengecat sekolah dan sebagainya. Setakat ini sahaja untuk kali ini. Bertemu di penulisan akan datang.

Wassalam.



0 anak murid kena cubit:

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas