Saturday, August 27, 2011

Ramdahan berlalu, Syawal mendatang




Assalamualaikum dan semoga semua sihat hendak-Nya.

"Ramadhan almost come to an end. The of Al-Qadr will coming. Keep motivate ourselves and others too to increase our good deeds in this blessed month in the hope of gaining His Redha and Pleasure"




Bulan ramadhan semakin hari semakin bertemu penghujungnya. Malah. Bulan Syawal pula semakin dekat datang bertandang. Walaubagaimanapun dan apa jua bulan yang mendatang, kita perlu sentiasa yakin dengan setiap hikmah yang telah Allah tetapkan dalam bulan-bulan Islam tersebut. Jika diberi peluang, kita seharusnya merebut peluang itu kerana ramadahn tahun hadapan belum tentu kita akan sempat nikmatinya.

Namun, dengan kedatangannya syawal ni juga ramai orang yang berhabis duit untuk mendapatkan apa yang dihajati. Baju baru, kasut baru, beg baru. Semua nak baru. Bukan tak boleh, tapi biarlah berpada-pada dan ikutlah kemampuan kita jangan sampai berhutang keliling pinggang. Bila kita berbelanja, kita kena sentiasa muhasabah diri, kita berhabis duit menggila, tapi kita lupa sebenarnya ada lagi insan yang tak bernasib baik seperti kita.



Dimana? Di Palastine. Fikirkan


Bila Aidilfitri menjelma, ada satu perkara yang aku sangat teruja. iaitu melihat kanak-kanak yang comel berpakaian baju melayu, baju kurung dan bertudung. Memang comel. Kadang-kadang ada yang pakai gaun, skirt, t-shirt, seluar jean. Semua comel-comel. Lagi comel bila kanak-kanak tu petah berkata-kata, pandai melirik mata dan tersenuyum bila kita tengok dia.



Comel kan?


Sempena kedatangannya Syawal, kepada yang mengenali diri aku ini, baik rakan-rakan sekelas, blogger-blogger, saudara mara atau sesiapa sahaja, aku ingin memohon maaf atas segala kekhilafan yang pernah aku lakukan. Yang sedar lebih-lebih lagi yang tidak sedar. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


Ampun dan maaf seandainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta-benda
TERemosi tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERhutang kat siapa-siapa
dan segala TER lagi
semoga kita saling memaafi


Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat kalian. Wassalam.

1 anak murid kena cubit:

Mrs Nurul on 5:14 PM, August 28, 2011 said... BALAS

beraya dengan penuh kesederhanaan =)

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas