Thursday, September 1, 2011

#Kenangan : Murid istimewa hasilkan Jalur Gemilang 20 meter




Assalamualaikum. Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Kemerdekaan. Korang ingat lagi tak dengan penulisan entry aku yang lepas. (KLIK SINI) . Aku ada kisahkan pasal aku bersama-sama guru-guru serta murid-murid Pendidikan Khas terlibat dengan sesi melukis dan mengecat jalur gemilang sepanjang 20 meter di sekolah tempat aku berpraktikum.



Jadi, tengah syok beraya terperasan dekat facebook, satu keratan akhbar dimana gambar bendera yang siap tu masuk dalam Utusan Malaysia Online. Alhamdulillah, memang tak sia-sia usaha keras kami semua. Jom tengok.

Murid istimewa hasilkan Jalur Gemilang 20 meter



[Guru Besar SK Padang Kala (bertali leher), Ab Aziz Salleh bersama murid PPKI yang berjaya menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 20 meter di sekolah itu di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini]


Murid-murid istimewa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala berjaya menyiapkan Jalur Gemilang sepanjang 20 meter di Kota Bharu, Kelantan,, baru-baru ini.


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah itu, Zaidee Jusoh berkata, kejayaan tersebut merupakan satu mercu tanda ke arah melahirkan generasi daripada kalangan murid kurang upaya untuk mengenal, menghayati dan mencintai negara terutamanya lambang kemegahan kita iaitu Jalur Gemilang.


"Semoga dengan penghasilan Jalur Gemilang ini mampu meningkatkan semangat kemerdekaan bukan sahaja di kalangan murid kurang upaya malah kepada semua warga sekolah untuk menyambut hari kemerdekaan tidak lama lagi," katanya.


Menurut beliau, penghasilan bendera itu bukan sahaja memenuhi hasrat dan saranan kerajaan dalam menghayati bulan kemerdekaan malah menjadikan bangunan PPKI sebuah bangunan yang ceria serta menarik dihiasi dengan Jalur Gemilang.


Bendera itu disiapkan dalam tempoh empat hari oleh murid istimewa yang dikawal selia oleh guru PPKI dan pembantu pengurusan murid.


"Ia membuktikan bahawa murid-murid istimewa juga mempunyai rasa tanggungjawab kepada negara, memelihara kedaulatan Jalur Gemilang, bersama menggerakkan wawasan negara, mengenal sejarah kemerdekaan negara dan mengenal konsep 1 Malaysia," jelas Zaidee.


Pada masa yang sama, ujarnya, projek membuat bendera ini berjaya menjalinkan semangat kerja berpasukan antara semua pihak.





Sumber Utusan Malaysia Online (29/8/2011) : KLIK SINI




Nota Kaki :

  • Tahniah kepada semua warga PPKI, Guru Besar SK Padang Kala dan murid-murid Pendidikan Khas atas setiap kejayaan yang dicurahkan. semoga dipermurahkan lagi rezeki kalian dan kanak-kanak istimewa.
  • Sk Padang Kala merupakan sekolah yang memiliki pentadbiran yang cekap dan guru-guru yang berada di sana sangat komited menjalankan tugas. Ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya berpraktikum disana. Rasa kagum dan teruja apabila diberikan peluang berada di sekolah tersebut.

Categories ,

2 anak murid kena cubit:

belog|amiyo on 11:12 PM, September 03, 2011 said... BALAS

selamat hari raya.

lamanya aku tak BW. :D

amaniammar on 5:20 PM, September 08, 2011 said... BALAS

salam kenal...

just drop by....love to see ur beauty blog...penulisan menarik utk dibaca...

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas