Thursday, September 29, 2011

#Kenangan : Pembentangan Penyelidikan Tindakan




Assalamualaikum. Kerana terlalu sibuk dengan pelbagai persediaan diri untuk menghabiskan sisa-sisa belajar di IPG, aku tidak berkesempatan langsung untuk memperbaharui penulisan di blog kecil ini. Maaf kalian. Disini aku perjelaskan dimana aku ada menjalankan Kajian Tindakan dan kajian tersebut pun telah selesai dibuat pembentangannya, jadual pembentangan aku adalah seperti berikut :



PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS SEM 8 2011


  • Nama : Mastura binti Mohamad Amin
  • Tajuk Kajian : "Saya Lihat, Saya Ingat, Cikgu!"
  • Tempat : Bilik 2, Wisma Al-Hikmah, Pusat Dakwah Islamiah, Kota Bharu, Kelantan
  • Tarikh & Hari : 28 Sept 2011 - Rabu
  • Masa : 9.00- 10.00 Pagi
  • Nama Penilai : Hj Rusli bin Mahmood, Cik Siti Fatimah bt Salleh


Sedikit ringkasan tentang Kajian Tindakan yang aku jalankan. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid aku adalah masalah kekeliruan abjad. Masalah ini kebiasannya dialami oleh kanak-kanak Disleksia. Dimana semasa sesi P&P, murid tersebut telah pun membuat kesilapan tertukar huruf seperti M/W, b/d dan p/q. Justeru itu, aku telah merancang satu teknik untuk mengatasi masalah murid-murid aku ini melalui Teknik Latih Tubi menggunakan Cermin. Cermin kebiasaanya kita gunakan untuk melihat muka, badan atau sebagainya. Tapi kali ini, aku gunakan cermin tersebut untuk atasi masalah kekeliruan abjad murid tersebut. Segala langkah-langkag dan prosedur perjalanan untuk aku selelsaikan masalah ini telah aku nyatakan dalam sesi pembentangan yang dinamakan Pembentangan 'VIVA'.



Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Sepanjang pembentangan tersebut tiada halangan atau sebarang kesulitan. Tiada juga tentanga atau soalan diluar jangkauan dari panel penilai. Aku cuma dibtegur dan ia adalah untuk penambahbaikan dalam Prosiding Seminar. Aku sangat bersyukur kerana Allah memberikan aku ruang untuk memperbaiki diri dari kajian tindakan yang aku jalankan ini.


Seperti yang anda ketahui, Kajian Tindakan kebiasaanya dijalankan di sekolah untuk guru-guru menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Mengapa perlu selesaikan masalah murid? Sebagai seorang guru, kita seharusnya sentiasa bersedia dari segi fizikal, mental dan ilmu pengetahuan dan segala perkara tersebut perlu kita aplikasika untuk kita tingkatkan potensi murid-murid kita. Justeru itu, Kajian Tindakan yang telah aku jalankan ini sangat relevan dan berkesan dihati. Dimana, aku belajar bagaimana membantu kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran mencapai tahap yang seiring dengan kanak-kanak normal. Mereka sebenarnya boleh, tetapi atas usaha dan kepekaan seseorang guru tersebut dalam menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang betul.


Harapan dan Cadangan, jika adik-adik junior IPG dan rakan-rakan yang akan diberi peluang untuk menjalankan Kajian Tindakan, anda ambil peluang ini sebaik-baiknya. Jalankan dengan setulus hati. InsyaAllah niat ikhlas akan dibalas dengan kebaikan. Semoga anda semua menjadi guru-guru yang berjaya melahirkan modal insan yang luar biasa hasil tangan dan titik peluh guru luar biasa seperti anda semua.

Murid kita adalah nadi kita, jika kita mengabaikan mereka, kita tidak akan berasa tenang dan seolah-olah tidak bernafas. Jika kita sentiasa mengambil berat dan menjaganya sebaik mungkin, ia akan memberikan kesihatan yang mengujakan. begitu juga dalam pendidikan. Guru perlu cakna dengan segala keperluan dan masalah murid khususnya kanak-kanak Pendidikan Khas yang sememangnya perlukan bimbingan. Aku terlalu sayangkan mereka. Dan aku tahu anda semua pun suka kan kanak-kanak. APa salahnya didik mereka seperti anak atau adik beradik kita. perbuatan yang baik akan di balas dengan kebaikan berlipat kali ganda.


Sama-samalah kita berjaya dan menjalankan Kajian Tindakan demi memperkembangkan potensi murid-murid ke tahap optimum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas. Anda mampu menghasilkan Kajian Tindakan lebih baik dari kami, InsyaAllah! :)






Categories , ,

4 anak murid kena cubit:

engitex on 10:06 AM, September 29, 2011 said... BALAS

tahniah kak mas..tak lama agi nak grad

diba on 6:08 PM, September 29, 2011 said... BALAS

wah.thniah2..dh selesai viva..wish me luck..2 weeks more

Hana on 8:14 PM, September 30, 2011 said... BALAS

takut plak

nurhidad said... BALAS

salam saya nk tny kaedah guna cermin nie brjaya x? brcadang mngatasi mslh disklesia jgk.

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas