Ayam meneruskan kehidupan juga seperti kita cuma bezanya kita berakal, dia tidak berakal
Assalamualaikum. Bukan kisah ayam yang aku nak ceritakan sekarang. Tapi kisah kehidupan manusia dimana menurut pendapat dan gagasan minda aku iaitu berbunyi 'Kehidupan itu ibarat bulu ayam yang berterbangan'.
Jelas atau tidak dengan pepatah buatan sendiri itu? Sememangnya tidak jelas jika kamu wahai pembaca tidak meneruskan pembacaan di blog aku. Pertamanya ialah peringatan, penulisan aku kali ini hanya dari layangan dan gagasan pemikiran aku sahaja ya. Dimana-mana pihak yang kurang bersetuju itu hak mereka, kerana setiap pemikiran manusia berbeza-beza setiap seorang. Persoalan matang atau tidak penulisan aku ini, kamu boleh nilai atas hujah-hujahku. Jangan menggila memberi respon yang tidak matang.
Manusia itu dijadikan dari tanah. Itu menurut perspektif Islam. Itu benar, aku tak nafikan dan aku juga tidak menidakkannya. Manusia juga ada kehidupan. Kehidupan itu perlu dicorakkan oleh manusia itu sendiri. Kehidupan manusia bahagia atau tidak itu bukan juga berfaktor daripada manusia itu sendiri ya, kadang kala ia dari kekangan dan sokongan insan di samping mereka.
Sebagai contoh, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed, beliau mencapai kehidupan sempurna dimata kita kan? benar, tetapi disebalik kejayaan dan kepuasannya itu bukan sahaja dari usaha kerasnya, pasti ada pemangkin yang membantu beliau sampai ke tahap tersebut. Misalnya Ibu bapanya yang mendidik dengan betul, rakan-rakan yang pernah digaulinya atau kos pengajian semasa di Universiti yang dipilihnya benar-benar mengikut tahap kebijaksanaan dan kemampuan beliau.
Kehidupan itu ibarat bulu ayam yang berterbangan. Jika ia terbang mengikut pusaran tiupan kencang yang hebat, akan pergi lah ia ke tempat yang tak terjangkau jauhnya dan menjadi helaian yang menakjubkan. Jika ia terbang melayang sendirian dengan angin tak berperasaan, akan jadilah ia diri sendiri mati tak dipedulikan. beku lagi kaku.
Setiap manusia itu mampu menjadi insan luar biasa. Tetapi insan yang luar biasa adalah dari segala pemikiran dan tindakannya yang juga luar biasa. Manusia juga perlu kuat, cekal dan mempunyai kesedaran yang menakjubkan supaya kejayaan yang dikecapinya kelak akan tersohor.
Bagaimana mencapai kehidupan yang menakjubkan?
- Niat - Niat melakukan sesuatu perkara itu perlulah ada di landasan yang betul. Cuba muhasabah diri, perhatikan setiap kejadian dan perkara yang berlaku hingga kini adalah hasil dari tangan Allah. Justeru itu, kita sebagai hamba perlulah niat meneruskan kehidupan di muka bumi ini untuk mengabdikan diri kerana Allah. Jika seseorang cikgu itu hadir ke sekolah untuk mengajar. Niatkan ilmu yang diberi kepada murid itu ikhlas kerana Allah. InsyaAllah setiap perkara itu mendapat keberkatan. Niat sangat penting kerana ia seolah-olah membentuk 'mind set' kita.
- Perancangan - Untuk mencapai tujuan hidup, ia sememangnya memerlukan perancangan. Ia tidak akan sesekali berlaku dengan sendirinya. Senaraikan tujuan hidup yang ingin dicapai oleh anda. Ini adalah untuk memudahkan anda mengesan samaada anda sedang berada di landasan untuk mencapai satu-satu tujuan itu ataupun tidak.
- Berusaha keras - Untuk mencapai tujuan hidup, anda sepatutnya mempunyai penanda aras sebagai panduan halatuju anda. Hanya tetapkan penanda aras yang minumum sahaja. Tetapi dalam masa yang sama anda perlu berusaha keras untuk mencapai yang lebih baik dari apa yang telah dihadkan. Sebagai contoh, untuk bulan ini anda ingin menyimpan rm100. Tetapi sekiranya dalam bulan tersebut anda mampu untuk menyimpan rm110 adalah lebih baik.
- Jangan sesekali berhenti - Apabila anda sudah mencapai satu-satu tujuan didalam hidup anda, jangan sesekali berhenti. Cuba untuk mencapai tujuan yang lebih baik pula. Ia adalah kerana anda sebenarnya adalah lebih baik daripada apa yang anda sendiri fikirkan.
- Takut kepada Allah - Salah satu cara mencapai kehidupan yang bahagia dan tenang adalah dengan takut kepada Allah. Kita hendaklah yakin dan takut kerana setiap pergerakan kerja kita adalah dipantau oleh Allah SWT. Kerana Allah itu maha mengetahui segala-galanya.
Manusia juga tidak lari dari melakukan kesilapan. Tetapi tidak semua manusia cakna dan mengambil kesilapan yang pernah dilakukan itu sebagai pemangkinnya untuk berubah. Kehidupan kita ini jika diatur dengan baik, perlu ada wawasan dan disiplin yang perlu kita patuhi. penghujungnya, kita akan memperolehi impak yang besar dan positif dalam meneruskan kehidupan mendatang. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dengan kehidupan kita, maka ia akan terumbang -ambing dan tidak berperasaan. Ia menjadi helaian bulu yang berterbangan tidak berarah. Berhenti terbang apabila tidak temui angin bertiup. Ia akan mati. Beku lagi kaku.
Sekian. Wallahua'lam.
Post a Comment
3 anak murid kena cubit:
betol2,,niat kena lah betol,,kene keje keras tok dapatkan sesuatu
Kesilapan tetap kesilapan, jika tiada keinsafan maka ia tetap berjalan..namun andai kesilapan jalan untuk menuju kebenaran...maka biarkanlah begitu sahaja....
thanks =)