Friday, August 19, 2011

# Apa Guna?





[sumber : Tumblr]


Assalamualaikum. Bulan-bulan ramadhan ni elok juga kita tambah-tambahkan makanan rohani untuk jiwa. Dari duduk melepak buang masa kedai makan asyik makan je, tapi bab-bab makanan rohani sikitlah punya liat.


  • Apa guna jadi lelaki KACAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkak.

Memang tak dinafikan kecantikan paras rupa itu kurniaan Allah. tetapi apakah salahnya dengan kecantikan paras rupa itu kita tambahkan serinya dengan menggiatkan diri dengan membaca Al-Quran. Baca satu muka surat sehari pun tidak mengapa, janji kita ikhlas membacanya. Baca perlahan-lahan atau merangkak-rangkak pun tidak mengapa kerana jika kita berusaha membacanya setiap hari, semakin lancar. macam kita hafal sifir, hafal vocabulary BI masa sekolah rendah, bila hafal tiap-tiap hari InsyaAllah tidak merangkak-rangkak lagi.

Aku ada satu kisah benar dimana aku ada seorang rakan yang tidak reti membaca doa Surah Yassin. Biasa kita tengok ada dekat belakang buku kecil Yassin tu kan? Ok, bukan nak mengaibkan malah doa Yassin merupakan salah satu doa yang septutnya kita lancar membacanya. Lebih-lebih lagi ayat Qursi. Kalau dihafal, itu lebih baik. Jadi boleh la anda mula melancarkan lidah dengan membaca doa Surah Yassin dan ayat Qursi, supaya bila ada majlis tidaklah malu bila disuruh Pak Imam.


  • Apa guna jadi perempuan CANTIK, kalau Pukul 12.00 Tengahari pun tak celik-celik.

Ini satu masalah bila perempuan zaman moden ini termasuklah aku sendiri. Kadang-kadang bila terlalu letih, kita akan terlajak tidur sampai ke matahari naik. Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan atau ahli keluarga jenis yang tak ambil kisah benda-benda ni semua.

Cara macam mana korang semua nak elak diri dari dicop sebagai perempuan yang pemalas dan bangun lewat. Korang set jam, atau pesan dengan orang terdekat supaya kejut korang untuk solat Subuh. Lepas subuh, korang mengaji, kemas katil, pergi lah dapur kemas apa-apa yang patut atau korang buatlah apa-apa janji korang tak terlentok tidur. Mesti lepas tu ngantuk kan? sebab bangun awal pagi, so dalam tengahari selepas solat zohor tu korang tidur la dengan sepuas-puasnya. Waktu selepas zohor adalah waktu paling afdhal untuk tidur, sebab bila bangun kita tidak akan mengantuk atau letih sedikit pun. So, cuba korang amalkan hari-hari. Mesti boleh punya.


  • Apa guna Allah bagi HIDAYAH, kalau nak SOLAT pun sikit punya PAYAH.

Allah sentiasa memberi hidayah kepada hambanya. Tetapi hidayah itu tidak akan berharga jika kita tidak pandai menghargai. Terutama dalam solat. Sebenarnya tahu solat tu wajib, bila solat lewat kira berdosa. Tapi buat juga. Jadi sama-sama lah kita beringat, bila kita menjaga solat kita, kita akan terhindar dari melakukan yang tidak baik dan sia-sia.

Pensyarah aku pernah pesan pada kami dalam kelas:

Pensyarah : Kita boleh uji pasangan kita ni jenis mementingkan sembahyang atau tidak.

Guru pelatih : Bagaimana kita nak tahu dan nak uji pasangan kita tu jenis sembahyang ke tak?

Pensyarah : Cuba ajak pasangan anda shoping atau keluar jalan-jalan, lepas tu kata la awak jalan tu, tengok-tengok jam dekat masuk waktu Zohor, apa kata korang cuba buat-buat lalu depan masjid atau surau berdekatan. tengok reaksi pasangan korang tu. Dia buat tak tahu atau ajak korang singgah solat. So, dari situ lah kita boleh tahu pasangan kita ni jenis alert bab-bab solat ni. Bila solat lengkap, InsyaAllah yang lain ok. Lulus jadi suami @ isteri.

Guru pelatih : Oooo.. macam tu ya Encik, boleh la kami cuba nanti. (sambil tersengih-sengih mengatur strategi)

Melalui dialog diatas, boleh la korang semua aplikasikan dalam perhubungan korang. Sama-samalah saling mengingati ye.


  • Apa guna jadi MANUSIA, kalau umur Allah bagi kita SIA-SIA.

Manusia jenis ini selalu berdoa minta dipanjangkan umur, tetapi bila Allah bagi umur yang panjang dia tidak beribadat (peringatan untuk diri saya juga). Sebenarnya konsep minta pada Allah untuk panjang umur ini adalah supaya apabila umur dilanjutkan, kita berusaha menambahbaik amal ibadah yang tak sempat dilakukan semasa muda dan kita boleh buat masa Allah bagi kesempatan tersebut.

Kalau asyik berdoa panjang umur segala bagai tapi tidak berubah, asyik buat maksiat, buat perkara lagha, dan tak insaf-insaf. Itu kan dah dikira kerugian bagi kita. Jadi, tidak salah bermohon untuk dipanjangkan umur kepada Allah, asalkan niat kita itu betul.


  • Apa guna HARTA MELIMPAH, kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun SUSAH.

Kalau harta banyak, duit berkepuk-kepuk dalam beg duit tu, bila bab-bab menderma dekat masjid, derma anak yantim, tolong orang susah-susah, beli buku agama punya lah payah Na'uzubillah. Jadi apaguna banyak harta tapi tak disalurkan kearah kebaikan. Biarlah kita beri tu sedikit asalkan kita ikhlas dari tidak memberi langsung.

Ada juga jensi manusia yang risau kekayaannya akan habis bila dia keluarkan duit untuk benda-benda bukan kepentingannya. Tapi dia tak tahu yang bila beri 10, Allah balas 100,. Beri 300 Allah balah 300 000. Kadang-kadang Allah akan balas bila kita susah, kita tak akan putus duit. Dan kadang-kadang Allah akan balas bila kita susah, orang lain dengan mudahnya akan membantu. jadi, sama-samalah kita saling memberi.

Wallahua'lam
Hanya Allah sahaja mengetahui
Sama-samalah kita saling mengingati
Yang baik itu datang dari Allah, yang kurang baik itu datang dari diri saya sendiri;.
Sekian, Wassalam.



3 anak murid kena cubit:

Hafidz on 3:53 PM, August 19, 2011 said... BALAS

cantek la blog nie..leh ke watkan header cute mcm nie utk saya?hehe..saya masih blaja
warnadanaku.blogspot.com

chegu abbas on 6:28 PM, August 19, 2011 said... BALAS

yeah yeah,,

shahirahkhairudin on 11:07 PM, August 21, 2011 said... BALAS

wise pieces..
tenkiyu melawat hamba..
dah hujung ramadhan. selamat menyempurnakan ibadah puasa. salam lebaran :)

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas