Tuesday, February 1, 2011

bersemangat, kuatkan fizikal dan rasionalkan pemikiran. itu perlu aku buat sekarang!


[memahami sesuatu perkara bukan perkara mudah. menerima dengan fikiran dan hati terbuka tu pula lebih sukar. tak semua manusia mampu lakukannya, yang aku mampu adalah sentiasa menjadi insan yang berfikiran rasional]

gambar : TUMBLR


nah. sudah tengahari hidungku masih juga berhingus
ingat dah kering. ini semua sebab cuaca yang tak menentu. panas, hujan dan banjir
ape pun aku bersyukur, masih juga diberi nyawa untuk terus hidup dimuka bumi Allah

aku berteleku menghadap netbook ini
otak aku seperti kosong
tiada apa-apa yang penting perlu aku fikir sekarang
ke aku gila gamaknya? aku kena fikir segala bagai perkara sebenarnya
tapi bila lagi nak kosongkan minda
ya, tentunya bila pulang ke kampung halaman

dah hampir 2 hari aku dirumah
seronok tak terhingga, hadap muka mak dan ayah
menceritakan segala masalah yang menimpa sepanjang aku tak pulang
masalah lah sangat. ketawa geli hati pula
tak ada la masalah sangat pun, cuma aku asyik ulang ayat yang sama depan mak ayah
nasib ada mak ayah yang memahami

aku : mak, tak sabar lah nak habis belajar
mak : nak tunggu habis belajar tu, macam-macam kena tempuh dulu
aku : ye tak ya juga. lupa lah mak. ada kajian tindakan, assignment, praktikum dan macam-macam lagi
mak : dah tu, jangan serabutkan kepala tu.
aku : entah la mak, semangat memang ada. nak yang terbaik habis kan final year ni
mak : baguslah macam tu
aku : tapi persekitaran ni mak. mas macam tak boleh nak teruskan
mak : tau dah. mesti ayat tu nak di cakapkan
aku : biasa lah mak. lain orang lain ragam
mak : jangan fikir satu benda tu tak elok je. fikir baik nya juga. ada hikmah. sabar la. memang macam tu lumrah hidup. kita buat baik, tak semestinya orang bls baik.
aku : baik mak. terima kasih. mas akan ingat pesan mak


tiba-tiba hati jadi sebak. aku ni jenis manusia suka fikir negatif n suka fikir bukan-bukan ke?
apa pun aku cuba jadi manusia yang kuat
kuat dari segi emosi, fizikal dan kuat dari segi pemikiran akal
paling utama kuat iman. itu aku kena ingat. sebab aku ada Allah. Tuhan yang berada di samping aku setiap masa




[ayat dalam gambar ni buat aku berfikir sejenak. ada betulnya juga!]

gambar : TUMBLR



kata hati :
  • berada di kampung halaman adalah suatu masa yang indah dan tenang
  • aku tak sabar nak habiskan belajar. lari dari semua orang. sembunyikan diri. dan bina kerekter baru untuk teruskan kehidupan. aku lagi bahagia begitu
  • sudah masuk bulan ke 2. ada lagi 10 bulan. cepatlah masa berlalu. itu harapan aku.
  • aku kurang bercakap sekarang. menjadi pasif adalah jalan terbaik.
  • aku tak tahu macam mana cara untuk pulang ke kota bharu jumaat ini. sebab banjir sekarang. mudah-mudahan Allah permudahkan urusan aku. amin

22 anak murid kena cubit:

Ayuni on 9:47 PM, February 01, 2011 said... BALAS

just think positive, insyaAllah...

Wawa Amran on 10:23 PM, February 01, 2011 said... BALAS

Moga dpt wat yg terbaik dlm hidup~
X gie bli tiket bas ke?

Anis Syuhada Nazari on 4:57 AM, February 02, 2011 said... BALAS

mas, ak tag ko kt blog..:)
jom join..ko punya blog cantik ok.hehe

i am perempuan on 5:34 AM, February 02, 2011 said... BALAS

hidup tanpa dugaan macam hidup tanpa apape pengalaman & pengajaran.

chillex cikmas! we're tough women!

emieysandra on 7:42 AM, February 02, 2011 said... BALAS

stiap dugaan tu akan mematangkan kita..think positive & tke time for urself..& ingt, akak punye rmai teman di sekeliling, termasuklah emiey ni..chill okeyh!

~_^

tomatokering on 8:09 AM, February 02, 2011 said... BALAS

think positive tau cik mas .. cayok2 ! hop all the best for u ! :D

ijatnuar87 on 8:44 AM, February 02, 2011 said... BALAS

wah....templete baru..comelnyer...seswai dgn tuannyer,hehehe...aperpom bersabar deh..tak lama dah tu

chEntA on 11:36 AM, February 02, 2011 said... BALAS

selamat menempuhi tahun terakhir..
kuatkan hati dan cekalkan jiwa..
insyaAllah..semua psti berjln sprt dikehendaki..

cik mas on 3:55 AM, February 03, 2011 said... BALAS

@Ayuni

thanks ayuni.. smoga ayuni pun begitu.. :)

cik mas on 3:56 AM, February 03, 2011 said... BALAS

@Bo0lat's Heart

beli dah tket bas. balik naik kat KL la wawa.. :(

cik mas on 3:56 AM, February 03, 2011 said... BALAS

@Anis Syuhada Nazari

insyaAllah ade masa aku join ye anis syg.. mmg nak join pon 2..hehhee

cik mas on 3:57 AM, February 03, 2011 said... BALAS

@missnadia

thanks nadia syg.. cik mas semangat bila kamu bg nasihat mcm ni kat ck mas.. pape pon. smoga kita sama2 berjaya ok :)

cik mas on 3:58 AM, February 03, 2011 said... BALAS

@emieysandra
ok syg.. ak akan bersemnagt.. kalo akk sedih cari kamu lah ye..hik! :P

cik mas on 3:58 AM, February 03, 2011 said... BALAS

@tomatokering :)

hai syg.. cik mas akan dgr nasihat kamu... :)
semoga sama2 kita berjaya syg ...hihi

cik mas on 3:59 AM, February 03, 2011 said... BALAS

@ijatnuar87

ijat.. tau xpe.. tggl 10 bulan lagi. haiyak!! :)

cik mas on 3:59 AM, February 03, 2011 said... BALAS

@chEntA

thanks cyg sudi bg nasihat...sgt hargainya :)

KONCO BLOGGY! on 4:01 AM, February 03, 2011 said... BALAS

tahu x.. kte kene sentiasa positif on watever happen.. chayok ckgu!

platipus on 5:01 AM, February 03, 2011 said... BALAS

akk jgn sedey2!..

tak suka tengok akk sedey..senyum...

senyum tak perlu kata apa2..:)

Khalisa Zulkarnain on 8:54 PM, February 03, 2011 said... BALAS

haiyooo cekguuuu!

taklame ag kak mas nak jadikk cikguuu! meh jdk cekgu kat sekolah lisa meh. ngeh2

IMANSHAH on 6:40 PM, February 04, 2011 said... BALAS

sedey sebab tak dapat balik kampung cuti ni

Admin on 1:13 AM, February 05, 2011 said... BALAS

sis..
hjan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sndiri..

mmg sgt bhagia duk kt kg..!
:)



Terbaru:
7 Perkara Yang Saya Benci Tentang Politik
Kecelaruan Identiti: Tolong Komen Kejap!

FIFIEY LYCHEE MARATION on 6:23 PM, February 05, 2011 said... BALAS

insyaAllah kak mas. everything's will be going so well. cepat hbis belajar, cepatlah dpt posting n kerja. wish u best of luck:)

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas