Sunday, February 13, 2011

kau jenis manusia pendek akal jika kau sambut Valentine!






ini bukti cinta SUAMI ISTERI. apa pula dalam fikiran anda?
[gambar : TUMBLR]


hari ini aku tunjuk muka depan kalian semua.
bukan tunjuk seolah-olah aku manusia hidung tinggi atau membangga tak tentu hala.
aku suka untuk memberi sedikit kesedaran dan mengingatkan anda dengan perkara yang tak patut anda buat.
aku bukan orang alim, ulamak, atau manusia yang tak pernah melakukan dosa. aku pernah juga, tipu jika aku kata tidak pernah lakukan itu semua. sudah tentu syaitonnirrojim itu selalu menyesatkan manusia jika kita tak waspada, nah! tunggu sahaja azab Nya.
sungguhpun dengan dosa yang terpikul dalam diri aku, aku semakin hari semakin cuba untuk perbaiki diri.
dan aku berharap rakan-rakan lain juga turut menjaga diri dan menghormati agama dengan sebaiknya. itu tanggungjawab kita bersama.

aku teruskan lagi mengetuk keyboard netbook ini, baru beberapa minit yang lalu aku singgah blog seorang blogger hebat.
dan blognya juga sangat banyak mesej-mesej keislaman.
aku sangat bersyukur dan aku berharap blognya akan lebih mara kehadapan dan teruskan niat mendakwah dengan cara berblogging. alhamdulillah. masih lagi wujud insan berniat murni dan suci dalam dunia ini. aku hormat beliau.

VALENTINE?
apa pendapat anda? rasanya aku tak perlu untuk minta pendapat kerana apa jua alasan untuk anda untuk menyambut Valentine, itu adalah tidak masuk akal!
Valentine hukumnya HARAM.

Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.

Nabi bersabda: "Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)



SEJARAH SAMBUTAN VALENTINE

[terdapat pelbagai versi berkaitan sejarah valentine. di bawah ini adalah salah satu daripadanya]

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.


[gambar : TUMBLR]
Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

pada pendapat aku, kadangkala kau sendiri tidak terfikir langsung untuk menyambutnya. tetapi setelah membaca majalah, internet dan mendengar sendiri dari rakan-rakan tentang KEISTIMEWAAN HARI VALENTINE, fikiran kau kala itu seperti dihasut dek syaitan, makhluk yang tak jemu menggoda kau supaya menyambut hari tersebut. Nah, dari situ boleh kau ukur tahap keimanan yang ada dalam dada.

aku bukan manusia sempurna, aku insan yang membuat penulisan di blog dengan keinginan berkongsi segala pendapat. sama-sama lah kita saling-mengingati.

nota kepala :
  • 14 Februari, aku akan berada di Splash, Kota Bharu. disitu aku bersama warga Pendidikan Khas dan murid-murid PK Intergrasi di sekolah aku praktikum. kami akan jalani terapi renang keatas kanak-kanak tersebut. semoga Allah permudahkan segala urusan. dan aku berharap aku menimba pengalaman baru disana nanti.
  • minggu 3, Portfolio Praktikum aku masih kurang lengkap. InsyaAllah akan deselesaikan selewat-lewatnya hari Rabu.
  • 26 Februari, jemputan ke GATHERING CIKGU BLOGGER untuk kalian. jangan malu dan segan untuk hadirkan diri di Time Square, KL. bermula jam 10.30 pagi hingga 4.30 petang.



Categories , ,

7 anak murid kena cubit:

TS on 3:59 AM, February 13, 2011 said... BALAS

ermm..baikla sambut maulidur rasul..

Ziema on 5:01 AM, February 13, 2011 said... BALAS

betul tu!!
no valentine's day!!! ;/

Anonymous said... BALAS

valentine bukan budaya kita... toksah ler mengayakan tokey bunga

cik mas on 7:26 AM, February 13, 2011 said... BALAS

@.: iEyLa :.

tau tak pe syg :)

cik mas on 7:26 AM, February 13, 2011 said... BALAS

@ziema

betul, betul, betul :)

cik mas on 7:27 AM, February 13, 2011 said... BALAS

@rizwan's sweetheart

benda 2 membazir, so tak perlu la kita perabes duit mengarut ntah pape tu =.=

D'ya Marshmello on 12:50 AM, March 12, 2011 said... BALAS

betul tuh..valentime tak patot disambut!! nice info..

http://miss-dya.blogspot.com

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas