Thursday, February 10, 2011

blog guru. aku peminat blog mereka.

assalamualaikum
angin sepoi-sepoi bahasa. dek kipas yang ligat berpusing. seperti fikiran aku sekarang.
aku mahu kongsikan blog yang aku yakin banyak memberi input kepada anda. terutama untuk insan bergelar pendidik.
aku juga kalau baca blog mereka, memang sampai ralit. tak fikir apa dah. terus terang, aku peminat blog mereka. mereka orang hebat.



penulis seorang bakal guru. seorang penulis buku MOTIVASI cinta. aku suka baca motivasi dan tips cinta diblognya. bagus dan boleh buat otak aku berjalan dan cecair adrenalin aku mengalir laju. kalau anda ada masalah dalam hal-hal percintaan, tak salah jika anda minta pendapat beliau. beliau sangat pakar.



aku kurang pasti beliau seorang guru atau pensyarah. tetapi aku sangat tertarik dengan blognya kerana kerap menyiarkan informasi dan isu-isu terkini berkaitan bidang perguruan. perkara lama yang tak pernah aku tahu, akhirnya aku temui diblog ini. sangat bagus untuk tatapan anda


blog ini juga buat aku terkesima. isu-isu panas dalam bidang perguruan, semua aku tau dari blog ini. pantas penulis ini mengaktifkan blognya. tahniah. kadang kala juga, aku baru sedar yang ilmu aku dalam bidang perguruan sangat cetek. dari blog ini, aku tambahkan pengetahuan aku. terima kasih.



ini blog untuk mengumpulkan bakal-bakal guru, guru yg sudah mengajar atau sesiapa sahaja yg terlibat dalam bidang perguruan. pastikan anda seorang blogger jika anda berminat untuk sertai group ini. jujurnya, aku adalah ADMIN blog ini. aku juga ada lagi rakan-rakan yang sudi memberikan pendapat dan bantuan dan mereka sangat bertimbang rasa dan komited. alhamdulillah.



aku suka baca blog ini. blog seorang guru yang sangat berwibawa. sungguhpun beliau orang yang gemar menceritakan rutin dirinya sebagai seorang guru. tapi aku suka jiwanya itu.



zara. siapa tak kenal beliau. pengikut blognya yang ramai. sangat terkenal dan hebat juga orangnya. aku suka cara penulisan blognya. memang sangat bergaya, dan dia memang seorang guru ketika ini. dia orang yang baik dan guru yang sangat telus dan amanah dengan tanggungjawabnya. pendapat beliau aku sangat kagumi.


renungan :

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itusumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakanwaktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramalkerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda ituakan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibudari segala ketenangan jiwa


Categories ,

2 anak murid kena cubit:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on 4:22 AM, February 11, 2011 said... BALAS

Terima kasih banyak2 Mas.
Sungguh, terharu.

:')

student on 3:54 PM, February 12, 2011 said... BALAS

blog ohcikgu tu memang sentiasa update dengan perkembangan semasa dunia guru..:)

P/s: saya bangga menjadi guru!

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas