Apa itu KISMIS?Kismis merupakan anggur yang dikeringkan. Biasanya kismis terdapat dalam dua jenis iaitu kismis hitam dan kuning. Kismis boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan.

kismis hitam

kismis kuning
secara umumnya, sejak dari dulu lagi, kismis menjadi bualan setiap bibir manusia. yang mana mereka memperkatakan bahawa keunikan kismis adalah dapat menguatkan daya ingatan manusia. dan aku juga percaya tentang itu. malah ia juga merupakan makanan yang di kategorikan makanan yang berkhasiat, tidak pernah juga sesekali kita dengar makan kismis boleh sebabkan kanser, kencing manis dan sebagainya.
bersusah payah la mak ayah aku suatu ketika dahulu beli pelbagai jenis kismis, yang dalam kotak tu dah satu, ni ada juga yang dalam botol, beli yang timbang, ada juga yang ustaz-ustaz jual siap dibacakan ayat-ayat Al-Quran. dan aku sebagai anak, makan juga sebab lihat mak dan ayah berhempas pulas nak bagi ingatan aku kuat macam kanak-kanak lain. sedangkan kecerdasan IQ setiap kanak-kanak berbeza, bergantung juga pada genetik dan sebagainya. apapun, itu kenangan aku ketika aku kanak-kanak kecil macam upin dan ipin. comel bukan?
sedang aku berteleku dan menghadap muka depan bukunet, terpampang satu ayat yang buat aku terkesima. betul juga kata doktor ini. tegas dan begitu timbul kekuatan rasional tentang apa yang diperkatakan kepada pembaca yang peka dengan ayatnya.
kredit : DrMAZA
(klik pada nama diatas untuk lebih penjelasan)
'banyak dakwaan seperti makan kismis menguatkan ingatan, sebenarnya tiada dalil yang sahih daripada Nabi s.a.w mengenainya..Ibn al-Qayyim sendiri menyebut dalam al-Tibb al-Nabawi bahawa dua hadis yang disebut tentang kelebihan kismis tidak sahih.. cumanya, ada riwayat daripada al-Zuhri beliau menyatakan kismis bermanfaat untuk ingatan..orang berniaga jangan sandarkan kepada Nabi s.a.w!'
pada pendapat aku. (ini pendapat orang yang berapa baik macam aku, betul atau salah, sama-tegur-menegur). menguatkan daya ingatan banyak caranya. tidak semestinya pulun makan kismis bertan-tan. yang utama sekali ialah sucikan hati dan akal terlebih dahulu.
- jaga waktu solat & tidak sesekali tinggalkannya
- kuat mengaji, menghafaz Al-Quran / berzikir
- tinggalkan maksiat
- tinggalkan perkara-perkara lagha
- lapangkan pemikiran dari memikirkan yang tidak baik
- jaga pemakanan. makan makanan halal dan berkhasiat
- jaga waktu tidur
- amar ma'ruf nahi mungkar
'Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yg menyeru kpd kebajikan, menyuruh kpd yg ma’ruf dan mencegah dari yg mungkar, mereka ialah orang-orang yg beruntung. ” [Ali Imran: 104]
nota kepala :
- dalam penulisan ini aku jadi teringat kenangan kecil-kecil dahulu. aku baik tapi nakal. bagaimana mahu ingat 2 cerita dalam 1 kepala.
- jam menunjukkan 3.32 pagi. aku masih segar berteleku depan bukunet. kepala aku runsing.
- dengar rakan aku tadi dianiaya, aku pesan padanya kalau doa orang dianiaya dimakbul Allah. harap dia tabah.
Post a Comment
17 anak murid kena cubit:
ouh,,tapi ceq mmg sukak makan kismis wane hitam ! :D
Kalau makan sahaja memang tiadak akan ingat kalau tak ada usaha....
Ada juga org2 agama yang menjual kismis yang sudah dibacakan doa-doa tertentu....
Kita yang kurang ilmu pun belilah untuk anak2 dan diri kita sekali...
ooo yeke..so kismis ni tak sahih laa fakta untuk kuatkan ingatan ek.. UUUuuuUU..
tapi takpe..aku suke kismis sebab dia leh halang aku dr makan benda junks food =)
Jeng3x…
# Lelaki Susah Cakap Sorry ?#
# Norman Hakim Bergambar Dengan … !! #
# Sekinchan Ikan Bakar, Debomb ! #
# Tips Jadi Parents Yang Baik#
# Restoran Ayam Penyet, Bandar Sri Permaisuri#
Tapi kismis memang bagus utk kesihatan kan?
http://ctsweet111.blogspot.com/2011/02/jom-join-faceblog.html
salam cik mas,
petua terakhir tu sangat menarik dan berkesan. Lebih kuat dengan dalil2 yang sahih dari Al Quran :) moga kita dapat amalkannya selagi nyawa masih dikandung badan.
entry yng bermanfaat.!! like this entry...
tp np klu kt tgk kat ne2 mst akn ckp mkn kismis klu nk ingatan kuat?
@tomato
yang hitam lagi manis dari yg kuning kan.. :)
@Cikgu CTE
betul 2.. apapun usaha yg penting.... :)
tak pe je bagi anak2 makan kismis. dari duk makan benda bukan2 mcm junk food ke ape kan..
@░♥si lampu neon♥░
ye neon.. saya pun baru tahu benda ni :)
ha ah.. kismis mungkin elok utk otak sbb kan dari buah2an...
@Siti Noraisyah
ye syg... baik sgt2 utk kesihatan.. sbb dri duk mengarut mkn junk food, jajan ke cekedis ke.. baik kismis lagi.. hehehe :)
@Mohamadazhan hjDesa
thanks azhan :) jemput hadir gathering cikgu blogger nanti ya :)
@k-artz chasez
yg bermanfaat harus dikongsikan... :)
thanks azfar sudi baca entry ni..
@rizwan's sweetheart
itu saya tak pasti. kne rujuk yg pakar. sy tahu maklumat ni dari seorang doktor dan beliau juga org kuat agama.. :)
laa..ye ke..
sy x suka kismis ;D
naseb baik sy tak makan kismis! wahaha
love kismis warna kuning tu..sedap,xde biji n sedap cmpur dalam bubur kacang ijau or mkn mcm tu je..like it!