Saturday, July 14, 2012

Hari Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat


Assalamualaikum :)


Murid yang terlibat dengan Nyanyain solo. Nadhilah, Fadhil dan Azrin. 


Menu : Mee Bandung Muar yang dimasak oleh Hakim dan Amirull



Murid-murid yang mendapat kemenangan



Cikgu Mastura bersama anak-anak murid yang terlibat.



Syariffah dan Rahman selepas selesai membuat gubahan



Pada hari Rabu dan Khamis iaitu 11 dan 12 Julai 2012 yang lepas telah berlangsung Hari Pendidikan Khas peringkat Daerah Batu Pahat di Dewan Jubli Intan.

Kami telah menghantar 10 penyertaan iaitu nyanyian,gubahan,mewarna serta masakan. Kategori yg diadakan ialah nyanyian solo lelaki,perempuan, dan juga nyanyian solo Down Syndrome. Pertandingan masakan juga diadakan. Menu yg disediakan oleh peserta dari PPKI Sk Penghulu Salleh ialah mee bandung muar. Memang sedap. Tak sangka anak murid yg istimewa ni mampu memasak dengan sempurna.

Selain tu juga PPKI SK Penghulu Salleh ada menghantar murid utk sertai pertandingan gubahan. 2 orang murid telah bertungkus lumus membuat gubahan menggunakan sejadah.

Kejayaan yg kami kecapi sepanjang hari pendidikan khas ini ialah peserta nyanyian solo perempuan telah mendapat tempat ke 2 manakala 3 orang peserta yg terlibat dalam pertandingan mewarna telah mendapat tempat ke 2 dan ke 3. Alhamdulillah. Kejayaan demi kejayaan yg dikecapi hasil titik peluh anak murid kesayangan dan guru-guru pembimbing.

Semoga kejayaan ini akan berterusan dari semasa ke semasa. Anak istimewa tanggungjawab bersama. :)

6 anak murid kena cubit:

Unknown on 6:25 AM, July 14, 2012 said... BALAS

WAH..
mantap akak bwk budak g bertanding..
yg psl gath tu, tak tahu nak wat biler..
huuhuh :)

Unknown on 6:25 AM, July 14, 2012 said... BALAS

Cikgu...seronoknya dah mula mengajar....sy sendiri tak sabar nak grad dan jadi cikgu heheheh

cik mas on 6:46 AM, July 14, 2012 said... BALAS

@Cikgu Fikri

dah posting nanti rasa lah ye... ohh.. pasal gathering tu. akak ni memang semangat. tapi mslhnya akak tak de geng yg boleh tolong menjayakan gath tu.. tu yg menyedihkan. huhu...

cik mas on 6:47 AM, July 14, 2012 said... BALAS

@Azham Vsvc

hehe... xpelah, sementara jadi student ni cuba hargai setiap detik tu ye. nanti dah keje rindu nak berada dalam zaman stdy balik... doa banyak2 dapat posting skola yg ok... cikmas doakan ye... :)

Anonymous said... BALAS

hye tuya..hihi..bru hr ni ak brpeluang bce blog ko...
cmne pon, wish u all da best k..rndu gle t ko..heheh..cuba teka siapa sayaaaaa!!!ngeh3

Anonymous said... BALAS

Slm. Boleh x sy hubungi cik mas nak tnye psal salah stu tujuk tntg atasi bekas jerawat 013 5923181 ina harap sgt dpt berkongsi lebih lagi. Coz dah xtaw nak atasi mcm mane mslh nie

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas