Sunday, January 30, 2011

miliki binatang kesayangan buat diri lebih berempati


kadang-kadang aku jadi keliru dengan identiti diri aku


[gambar : TUMBLR]


malam yang sejuk begini
aku memang tak buat apa di rumah
berselubung selimut
dengar lagu dari netbook kungkang kungkang bunyinya
naik berair taik telinga ni
telinga duk dengar lagu. mata duk hadap cerita trilogi cinta di TV1
nasib baju semua dah kemas
aku balik kampung esok untuk bercuti raya cina
selasa hingga khamis
walaupun cina yang beraya, aku pula yang beriya-iya bagai nak rak
esok pagi perlu ke sekolah lagi
teruskan hari untuk praktikum
hari kedua bermula pula, harap semua baik-baik sahaja



bila fikir untuk gerak pulang ke kampung esok
bukan sahaja mak ayah dan abang-abang yang terlintas di kepala
aku juga mula teringatkan encik tompok dan encik abu
siapa mereka? jom sama-sama lihat




encik abu kelihan baru balik menebas


encik abu lagi berkuak lentang


encik tompok yang control comel. ala mucuk-mucuk!



arghh!! ngantoknya. dodoikan aku. muahaha!


aku sayang kucing-kucing aku.
encik abu ialah seekor kucing siam yang sangat manja
badan kelabu, mata biru
tapi abu tak manja dengan aku langsung kecuali ayah aku



kalau tompok pula
terlampau sayang kan aku
sampai kan satu masa aku tengah siang ikan di dapur untuk masak tengahari
tompok sibuk mengiaw sampai nak tercabut anak tekak nya, aku buat tak tau
dia mencakar-cakar seluar aku
aku pesan, "pergila tidur dulu, nanti siap masak aku kejut kau ye tompok. makan nanti aku bagi"
5 minit berlalu, aku paling kan badan aku untuk lihat tompok, sudah terbaring nyenyak di atas alas kaki
huh, sungguh mendengar kata
bagus juga tompok ni




memiliki binatang kesayangan buat aku jadi lebih berempati

[gambar : TUMBLR CHIBIRD]



apa pun aku harap encik abu dan encik tompok tak mati masa aku tiada di rumah. harap tak juga takut jumpa aku lepas ni. yelah aku kan jarang balik. harap-harap mereka kenal aku lagi.


kata hati :
  • harap perjalanan esok selamat hendak Nya. mudah-mudahan tak terkandas dengan banjir
  • praktikum hari kedua, harap lebih baik dari hari semalam
  • aku harap cepatlah aku habis belajar dengan baik. aku nak hilangkan diri jauh dari semua yang aku hadapi sekarang.


Categories , 9 anak murid kena cubit

Saturday, January 29, 2011

ini cerita praktikum dan gambar sebenar blog aku dalam INTREND


ini harapan di hari pertama aku berpraktikum

gambar : TUMBLR


pagi ini aku bangun jam 5.30 pagi. awal sungguh
tak pasti juga kenapa begitu awal terbuka mata. padahal aku bukan jenis yang senang bangun
bangun pagi mandi, solat dan bersiap
gerak jam 6.40 pagi. tiba di sekolah aku melangkah masuk ke pejabat dengan penuh rasa berdebar
mampu kah aku buat yang terbaik selama 3 bulan berpraktikum disini?
apapun aku bertawakal dan buat yang sebaiknya
sekarang aku berada di sekolah tempat aku diarahkan untuk berpraktikum
hari pertama sangat memberi kenangan manis, indah sungguh
guru besar dan pentadbir yang sangat mesra dan berkomitmen
kawan-kawan aku juga izzatey dan najwa baik dan sangat mengambil berat tentang aku
alhamdulillah, syukur Allah berikan aku sesuatu yang mampu aku lakukan

jari ligat menaip, waktu ini aku pula berteleku di atas meja menghadap netbook comel
hari pertama ini juga aku masih lagi tidak menerima jadual waktu
ya, aku sanggup tunggu. mungkin esok. bagus juga. masih ada masa untuk aku kenali wajah-wajah kanak-kanak pendidikan khas. berkolaborasi dengan guru-guru di sekolah
hari ini aku juga berkenalan dengan seorang kanak kanak nama nya nor syafiqah, nama manjanya siti
seorang yang sangat cantik dan kemas, tak sangka juga dia masuk ke kelas PK
bila bertanya rupanya siti ada masalah pertuturan
faham dengan tidak juga apa yang diperkatakan
tak mengapa, lepas ini aku cuba mendekatinya dan juga cuba utk memahami setiap butir katanya
ok, cukup untuk hal praktikum!


nampak tak blog yang ada tagline dunia.ku.dunia.cikgu. itu blog aku. masa tamplate lama

gambar : dari mukabuku lisa arissa

lagi, aku nak tunjuk gambar blog aku dalam majalah INTREND. kali lepas dalam entry ini aku tak sempat tunjuk sebab masalah camera telefon bergerak aku tak boleh guna
gambar yang aku ambil dari cik lisa arissa
mungkin gambar ni lebih jelas untuk tatapan anda

itu sahaja setakat ini. ada masa aku update blog lagi
maaf juga tak sempat lawat anda, sebab aku pun curi-curi masa update
insyaAllah berkesempatan aku lawat korang ya
selamat berblogging. sayang kamu semua!


kata hati : sedang menaip tiba-tiba hadir seorang kanak-kanak hyperactive nama haiqal. cuba mencabut berukband rakan aku dari netbook. nasib sempat juga selamatkan. kalau tidak, kirim salam la dekat berukband tu. tak guna jawabnya



Categories 18 anak murid kena cubit

Interlok kekal digunakan, pindaan pada bahagian sensitif. apa kes?




KUALA LUMPUR 27 Jan. – Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat,” katanya.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini. – Bernama




ok sekarang aku nak bagi pendapat aku sebagai seorang rakyat Malaysia dan Melayu
ini pendapat aku
kalau ada sesiapa rasa tak boleh terima, aku pasrah
lagi pula semalam sewaktu aku berjalan mencari majalah INTREND, masa tu aku ternampak BERITA HARIAN kuarkan pasal novel interlok ni
aku jadi mcm malas nak baca sebab sedih sangat

aku tak pasti kau orang semua teruja atau tak puas hati dengan pentadbir negara
ye lah, mereka sanggup pinda karya saterawan negara semata-mata nak jaga hati orang INDIA (MIC)
hati jadi punah
ye aku tahu, aku bukan membangkang. aku bukan marah sangat, tapi aku berkecil hati
aku memang kuman yang takkan dipandang tapi ini suara kecil aku
dan aku tau kini 1 MALAYSIA
tapi kau orang semua tak sedar ke 1 Malaysia ni dah macam banyak bagi keburukan
terutama kepada kaum Melayu
mereka tu pendatang. dan kita adalah tuan tanah. TANAH MELAYU!
karya sastrawan memang mahal sangat bagi aku. seorang saterawan bukan calang-calang dan sangat berharga. tapi kenapa berlaku benda seperti ni

1 Malaysia : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
apakah makna semua ini
ya aku juga tahu ada juga baik buruknya
bersatu padu dan berintegriti?
natijahnya kaum MELAYU hilang kuasa nak bersuara
mereka juga tak sedar kaum MELAYU dah semakin hilang hak keistimewaannya
aku bagi contoh seperti ada kaum yang menghina AZAN, menghina ISLAM, semakin hari semakin mempergunakan orang MELAYU dan yang paling penting MELAYU semakin terpinggir
takkan mereka semua tak sedar perkara ni. yang kita ni diperalatkan
tiada mula tindakan dikenakan. senyap begitu. apa kes?
sama-sama lah kita fikirkan dan renungkan
ambil yang baik jadi pedoman
yang tak baik jadikan sempadan
sama-samalah kita saling ingat mengingati
sebelum kita menerima azab kubur, jalani amanah dengan sebaiknya
ini janji Allah, orang baik di balas baik.
orang yang pernah berdosa di ber peluang utk bertaubat
bertaubatlah selai ada masa


kata hati :
  • semalam aku dapat tau yang en hati dapat posting KUALA LUMPUR ibu kota negara. semoga beliau tabah menjalankan tanggungjawab di sana
  • hari ini agak sibuk mengemas pakaian kerana hendak berpindah ke rumah sewa lain, esok aku akan bermula praktikum. dengan harapan praktikum kali ini aku dapat cemerlang. amin
  • isnin malam perjalanan aku ke ledang johor, bercuti untuk raya cina. dapat menjenguk emak dan ayah. harap baik-baik sahaja. mudah-mudahan aku selamat dalam perjalanan



10 anak murid kena cubit

Friday, January 28, 2011

ya, betul. blog aku dalam majalah INTREND, tapi kecil saja. saiz 2 inci agaknya

ini tabiat yang aku selalu buat masa aku tidur. bila bangun mulalah sakit urat

[ gambar : TUMBLR ]


hari ni aku bercuti
kalau bercuti tentunya hari jumaat, kalau disekitar negeri pantai timur ni
bak kata orang kelantan sekarang datang angin tenggara
aku pun tak pasti mana datangnya perkataan itu
yang aku tau angin seolah-olah petanda. petanda apa tu lagi aku tak pasti.
kesian. ketawa dalam hati

hari ni aku keluar, bukan keluar pergi makan angin dan berfoya-foya
tapi pergi cari klinik pakar kulit. bukak klinik tu tapi doktor nya pula tiada, musykil disitu
itu tak apa lah, sebab memang tak ada rezeki

semalam khabar angin kononnya blog aku masuk majalah INTREND
aku pun terkejut juga, siapa yang baik tolong suggest kan blog aku?
tapi hari ni aku pun pergi cari majalah INTREND
ni adalah kali pertama aku beli majalah fasyen-fesyen ok! huh!
dah beli tu, sekali cari tak jumpa. dua kali cari tak ada
biar betul budak-budak ni. tipu aku ke hape pasal blog aku?
skali lagi carik maknanya dah kali ke 3 lah, baru nampak
ada rupanya blog aku. tu pun kecil aje. rasanya tak sampai 2 inci kot!
ketawa


MAJALAH INTREND KELUARAN FEBRUARI 2011


aku nak cakap dengan kau orang semua pun jadi tak reti dah
bukan aku tak amik gambar blog dalam majalah tu
camera telefon bimbit aku buat hal. hang tiba-tiba. bila on balik screen jadi gelap
maaf sangat, tak dpt nak tunjuk gambar nya
tapi yang pasti blog aku dalam majalah tu kecil sahaja
korang pun tak perasan agaknya. lagipun tu gambar masa tamplate aku yang lama, warna pink hijau. ingat lagi tak?
apa-apapun thanks kepada LISA ARISSA sebab adik manis ni yang bagitau berita gembira ni
dan blog dia juga masuk INTREND, atas gambar blog aku

[ gambar : TUMBLR ]


aku bersyukur, ceria dan lapang hati
dengan adanya pengikut blog yang setia, tak kan blog aku sampai ke tahap ini
apa pun terima kasih banyak-banyak
sangat sayang dan hargai kamu semua


kata hati : dan mulai hari ini aku tidak akan lagi bersedih dan aku juga tak akan sempat untuk menangis. aku terlalu sibuk dengan praktikum yang bermula 30 Januari 2011 ni. doakan aku berjaya dengan cemerlang untuk final year aku

27 anak murid kena cubit

Wednesday, January 26, 2011

itu sahaja perkembangan aku setakat ini

[aku selalu macam ni kalau berkhemah di tepi pantai. hampir semua orang pelik tengok aku. ish, malu you! dan aku bangun dengan laju]

gambar : TUMBLR


assalamualaikum
hari ni angin bukan setakat sepoi-sepoi bahasa
tapi jadi makin dasyat apabila aku rasa atap zink kat rumah sewa ni macam nak tercabut
takut pula tiba-tiba bangun dah melopong semua atap
dan basah segala benda dalam rumah


apapun hujan, angin, panas atau ribut taufan itu semua ada hikmah dan ada juga rahmatnya
hari ni mungkin juga buat aku rasa 'ceria' (dengan kata berlawanannya makan hati)
tak juga pada orang lain
sebab aku nak cakap satu perkara
yang manusia aku cerita sebelum ni
ala, yang buat aku muntah hijau dalam entry ni
dia buat hal lagi dalam kelas aku tadi
aduhai kau manusia, kenapa kau rasa kau bagus sangat ye? aku tak faham disitu dengan sikap kau yang bongkak
kau orang semua doakan lah aku jadi orang penyabar dan manusia yang suka 'jeling' aku tu buta matanya. kejam tak? heee..



blog : duniaku. duniacikgu


ok teruskan kepada topik jujur dari hati
aku dah pun tukarkan kepala, badan, tangan kanan dan kaki dalam blog aku ni
maknanya lebih kurang macam blog aku di'makeover'kan
tamplate blog aku yang sebelum ni 'pink hijau' memang hasil kerja aku sendiri
dan sekarang aku memang tak ada masa nak hadap coding segala bagai. nak semua benda jadi cepat je
insan yang baik hati tolong aku ialah CIK BULAT
memang tak mahal sangat, aku memang nak juga promote benda ni kat korang semua


actually aku tempah dekat ahmad alief sebelum ni, tapi tiba giliran aku masuk orang ke 8.. blog aku siap minggu depan. jenuh juga nak tunggu
apapun aku mintak jasa baik CIK BULAT buatkan dulu. sebab rasa macam naik bosan kat blog ni even orang lain suka tamplate blog aku yang lama
korang nampak blog aku macam comel n kemas kan sebelum ni, tapi aku pulak serabut dengan coding HTML nya. contoh kalau aku nak tambah atau buang apa-apa code, mata aku tiba-tiba jadi juling sekejap. ketawa terbahak-bahak
tak larat rasa nya bila hadap benda bernombor dan banyak perkataan bagai
tu yang dera CIK BULAT sekejap.
ciri-ciri yang ada dalam blog aku yang baru ni aku memang nak tunjukkan ciri-ciri seorang guru
walaupun pada hakikat tak la macam cikgu sangat. senyum


[ seronok macam orang-orang tu boleh tak? ]

gambar : TUMBLR



garu-garu kepala
aku musykil dan keliru sebenarnya. blog aku ni kalau aku tengok setiap masa paling kurang mesti ada 3-7 orang yang buka. itu kalau siang. kalau malam pernanh mencecah hampir 17 orang. jakun sekejap
kalu dulu 1 orang pun susah. dan 1 orang itu adalah aku sebenarnya. sengih sekejap
tapi mungkin sebab orang yang datang baca selesa dengan blog aku
terima kasih kepada rakan blogger dan silent readers
sangat hargai kamu semua
satu peningkatan yang baik untuk blog aku
boleh juga tinggalkan kritikan dan komen membina ya
mengalu-alukan kamu



[ peace tu tak boleh kan? ]

gambar : TUMBLR


sebelum terlupa. aku dan housemate aku iaitu ekin dan yana dah buka 1 blogshop. insyaAllah akan mula beroperasi selepas chinese new year. blogshop tu untuk sesiapa yang suka berfesyen dengan tidak mendedahkan aurat. bagus kan? nanti mula beroperasi aku bagitahu kau orang semua okeh. murah juga dan harga sangat sesuai untuk pelajar.


itu sahaja perkembangan aku setakat ini
selamat berblogging!



kata hati : buat jahat biar sekali, buat baik berpada-pada. manusia tak bermata tu nanti akan dapat juga balasan. dia tak sedar agaknya hukum karma itu ada.


11 anak murid kena cubit

Monday, January 24, 2011

terapi berkesan untuk orang beremosi dan ditimpa musibah

teringat ketika hayat aku tingkatan 2, doktor pesan aku supaya pakai kacamata. aku yang degil sampai saat ini tetap tidak berkacamata lagi. ada implikasi negatifkah?

[gambar : TUMBLR]



kalau aku, hari-hari rasa seperti pernah beremosi
sebab aku manusia normal mungkin
kalau kau semua tak beremosi, cepat-cepat jumpa encik doktor ya
kalau beremosi atau tertekan tak semestinya kita kne cepat-cepat jumpa doktor
boleh juga buat terapi sendiri di rumah
atau buat terapi dengan orang yang kita percaya atau org yang kita sayang
yang penting orang itu mampu menjadi pendengar yang setia dengan setiap masalah yg kita ceritakan

ini terapi dari pendapat aku
hasil pembelajaran dan gabungan pembacaan aku
kalau mau ikut boleh saja. sebab tak luak dek masa kalau buat benda ni
terapi memang ada banyak jenis. terapi aku cakap ni nanti boleh juga guna dalam kelas oleh seorang guru seperti aku
boleh juga dibuat dalam bilik kaunseling
boleh buat juga bersama keluarga
kau orang boleh pilih mana-mana terapi yang disebutkan supaya bila kau orang rasa tertekan, pasti dapat kurang kan tekanan itu


  • biblioterapi
yang ini paling aku suka. paling aku rasa berkesan. biblioterapi merujuk kepada rujukan iaitu menangani masalah menggunakan buku-buku. maknanya kau orang cari apa-apa bahan bacaan berbentuk buku dan lepas kau habis baca kau cerita pada rakan apa yang kau faham dalam buku. atau boleh juga buat rumusan mengenani sesuatu watak paling digemari dalam buku tersebut. contoh yang lebih berkesan lagi kau boleh baca Al-Quran, tafsir atau pun amalkan ayat-ayat suci... paling tidak cari buku LA TAHZAN (jangan bersedih), baca itu dan insyaAllah akan lebih tenang


  • terapi air

kalau marah, sedih atau pun tengah bingung boleh cepat-cepat ambil wuduk. supaya hati jadi bersih dan tenang. kadang-kadang bila tak berkesan boleh juga mandi terus, rendamkan badan dalam kolah atau kolam. dengan kesejukan air boleh buat hati sejuk dan tak marah lagi


  • terapi muzik
dengar muzik juga salah satu cara lepaskan tekanan. lagu yang dipilih berdasarkan minat seseorang. kalau dia rasa minat lagu nasyid, apasalah nya dengar. terutama zikir-zikir, memang bagus buat hati tenang dan dekat dengan Allah. ada juga sesetengah orang yang minat lagu instrumental, itu pon boleh juga


  • terapi bercerita
bercerita lah sepuas-puasnya. cerita pada orang yang sudi dengar masalah kita. lagi berkesan kau boleh cerita pada anak patung comel, pada binatang kesayangan atau kau boleh rakam cerita dan luahan hati kau. lepas rakam jangan lupa tengok balik vedio itu, mungkin boleh juga jadi kau ceria kembali. gelagat kau yang bengis dan hodoh itu buat kau tak jadi marah lagi. percaya lah


  • terapi seni
kalau tertekan apa salahnya beli satu buku latihan yang kosong dan dalam buku tkau boleh tulis dan lukis apa sahaja perkara yang membuatkan diri kau tertekan. kalau masalah itu libatkan kawan-kawan, kau boleh lukis gambar kawan kau tu dengan taring yang panjang dan bertanduk. itu simbolik kawan kau garang dan berhati hasad dengki. minta dijauhkan ya. boleh juga kau conteng buku itu dengan apa-apa perkataan sampai tangan kau lenguh dan kau tertidur akibat keletihan


  • terapi main
setiap orang suka bermain. bermain merujuk kepada sebarang perkara yang boleh menimbulkan keseronokan. kalau kau main chess atau main FARMVILLE boleh buat kau tenang dan lupakan masalah kau seketika. teruskan bermain itu. ataupun boleh juga kau hadap muka depan komputer riba dengan layari laman sesawang seperti muka buku atau blog


  • terapi fizikal
kau boleh hadirkan diri di gymnisium, kelas menari atau pergi join mana-mana senam robik pada hujung minggu. kalau rasa tak cukup boleh juga karaoke, menari hindustan atau lakonkan watak-watak seseorang dalam sesebuah drama mahupun cerita panjang. mungkin boleh buat kan gelak sakan dengan watak gedik yang kau bawa





itu kalau diri kau sendiri yang hadapi tekanan. tapi jika diri orang lain kau boleh juga bagi nasihat utk buat terapi dalam gambar ini

[gambar : TUMBLR CHIBIRD]



nota hati : Cinta paling agung, cinta kepada Allah S.W.T. biar kali kau sedih dan rasa seperti ada batu menghempap kepala kau kena yakin Allahada disamping kau. dan kau juga kena tahu yang ALlah memberikan ujian pada hamba yang mampu dan tabah hadapinya. luaskan pemikiran, matangkan tindakan.
Categories , 9 anak murid kena cubit

sekali kau benci aku.berjuta kali aku pun benci kau lah manusia. aku tak mulakan. kau jangan nak mulakan ok!

aku taip dengan jari pantas
aku juga yang mengigil geram
bibir aku mula biru dengan otak aku ligat berpusing
memang sejak dari siang tadi aku tahan darah aku
kan bagus kalau sekarang bulan Ramadhan, sekurang-kurangnya aku masih ingat yang aku berpuasa
tapi hari ini aku tak boleh tengok orang yang ada mata tapi buat-buat buta
aku tak pernah buat kau macam tu lah manusia


tiba-tiba aku pula naik terkujat tengok rambut manusia ini!

[gambar : TUMBLR]


kau yang buat aku benci kau
dan aku berjuta kali aku menyampah dengan muka kau
aku jelik kau tahu?
aku tulis bukan nak buat orang pandang aku dengan kebodohan
aku tulis bukan nak orang pandang aku dengan kejahatan
aku bukan juga nak tunjuk pandai depan dunia

tapi kau orang semua kena tahu aku ada kesabaran, ada emosi, ada iman dan ada sikap matang
manusia yang aku cakap ini manusia jantan atau apakah? aku tak pasti
yang aku pun tak tahu dia dah mula cari hal dengan hidup aku
kau boleh jalan dengan sikap ego kau
sikap kau yang meninggi diri, ego dan buat orang nak muntah hijau

aku manusia biasa
kau juga manusia biasa
kau jangan cuba menghina aku
kau jangan nak pandang rendah dengan aku
aku tak mulakan
kau jangan nak mulakan
kau tak kan baca blog aku sebab kau block mukabuku aku
kau ingat aku tak tahu wahai manusia baik hati, hah?

hari ini hari kau
esok lusa hari aku
aku tahu kau buat dengan bagai hasad dengki kau
aku tahu dan yakin juga Allah bersama aku



aku nak percepatkan masa, pasti mustahil bukan?

[gambar : TUMBLR]


jangan sampai dengan kesilapan kau, kau bersujud mohon maaf dengan aku
aku memang akan maafkan kau lah manusia
aku juga ada sikap marah, makan hati dan sedih
tapi aku tak pernanh anggap kau musuh hidup aku
aku cuma geram dengan sikap kau, yang bertahun-tahun menyakitkan hati aku
dan sekarang aku makin kerap berdoa moga aku cepat-cepat tamat pengajian di kelantan ini
dan aku nak bawa diri aku jauh dari manusia yang tak bermata itu


kata hati : Ya Allah, I pray to you to increase my patience, strengthen my faith and help me walk through this difficult journey.

8 anak murid kena cubit

Sunday, January 23, 2011

hari ni aku nak cakap pasal hati




[gambar : TUMBLR]


hari ini genap usia aku dan encik hati
1 tahun 2 bulan 1 minggu 3 hari
aku bukan nak cerita buat orang lain muntah
aku cerita apa aku rasa
aku cerita ikhlas hati aku
aku juga manusia biasa
ada jiwa, ada nurani yang suci kepada seorang lelaki
aku juga miliki fitrah seperti insan lain
mimpikan perhubungan indah dan berakhir di jinjang pelamin


aku pasti kalau jodoh itu ditentukan Allah
pasti kami bahagia sekeluarga kelak
kata orang cinta macam pilih kain di pasar malam
boleh dicari bila-bila suka dan dimana saja
tapi aku tak seperti mereka yang mencari kain ikut suka mata memandang tapi tak ketahui jenis dan akibat bila memakai kain yang dibeli di pasar malam
kain di pasar malam banyak jenisnya
kena lihat dengan mata hati dan rasai dengan deria dan pancaindera yg dihikmahkan Allah


sikap manusia perlu menghargai insan lain
perlu menyayangi insan yang menyayangi kita
aku tahu aku punya insan yang terlalu cinta kan aku
keluarga aku utamanya
keluarga memang yang pertama di hati aku, itu memang tak dinafikan
tapi aku perlu juga menyayangi dan disayangi insan kaum adam
encik hati, itu dia yang aku kenal satu tahun yang lalu



[gambar : mukabuku encik hati]


kalau ada laman sesawang seperti muka buku
ramai orang kata mukabuku tempat orang bersengketa mengadu domba, bercerai berai dan segala bagai
tapi mukabuku aku dan encik hati mempertemukan kami


seingat aku ketika aku kanak-kanak ribena pada tahun 2007
dia memang insan yang penah singgah dihati aku
tapi itu fikiran kanak-kanak ribena seperti aku
tapi satu tahun yang lalu bukti memang benar-benar encik hati duduk diam-diam dalam hati aku tika sekarang dan sampai bila-bila


ada tiga perkara buat aku sangat cintakannya
satu itu, kesabaran dan sikap memahami diri aku
kedua pula sikap sayang dan hormatkan aku sebagai wanita
dan ketiga sikap lelaki sebagai seorang ayah, suami, abang, kawan dan adik beradik




saya nak gula-gula macam ni lagi bolek tak?

[gambar : TUMBLR]


kalau dulu aku sedih masa setahun yang lalu
berikan aku sekotak coklat, sebungkus nasi dan air. betul-betul buat aku tenang
bawa diri aku juga ke tepi pantai irama, tempat kami saksikan kebesaran Tuhan
lihat dan sedarkan aku dimana kita perlu bersyukur masih lagi diberi nyawa dan nikmat
encik hati yang selalu ingatkan aku dengan setiap masalah akan ada hikmah disebaliknya
dan setiap airmata kesedihan pasti ada ketawa kegembiraannya


tapi itu dulu
ketika aku dan encik hati sama-sama ada di negeri cik siti wan kembang
tapi kini aku sendiri, melayari hidup kanak-kanak ribena aku dengan hati gering yang keseorangan
aku kena kuat, kuatkan hati berdikari, kuatkan jiwa hadapi masalah, kuatkan mata jangan menagis lagi
insyaAllah..aku pasti, dan aku yakin aku mampu untuk hadapi sendiri walaupun encik hati jauh dinegeri bendera merah, biru putih


masih ingat kata-kata ini untuk encik hati suatu ketika dahulu?
sampai ketika dan saat ini aku pasti menangis kerana terlalu rindukannya
ya Allah.. kuatkan lah jodoh antara kami. moga perhubungan kami sentiasa diredhai oleh Mu

I miss his stupid face,
I miss his stupid smile,
I miss his stupid touch,
I miss his stupid jokes,
I miss his cute face,
I miss his cute laugh,
I miss the way he used to laugh,
I miss the way he used to make me laugh,
I miss the way his face was always in a book,
I miss the way he used to stare at me,
I miss his hair,
I miss his voice,
I miss his presence,
I miss.....him. I just miss him. I miss everything about him.
Just him. Only him.


baju kecil untuk encik hati yang besar. muat kah?

[gambar : TRIPLE S CRAFT]




kata hati : Start your day with Bismillah and 'Smile' its sunnah


Categories , 19 anak murid kena cubit

Saturday, January 22, 2011

dapat jemputan untuk gathering bersama HELIZA HELMI tapi tak dapat pergi.sedih gilos!

[gambar : google]


2 hari lepas kak GEE JAH kawan baik heliza ada jemput cik mas join gathering jumpa HELIZA HELMI pada hari ini iaitu sabtu 22 januari
takdir tak menyebelahi, tak ada rezeki nak jumpa mereka sebab jauh sinung kat jaya one mall petaling jaya. aku pulak kat kota bharu, korang boleh bayang lah dari kelantan nak pegi petaling jaya pulak, mati keras aku dalam bas

aku pun tau ramai juga rakan blogger ada dapat invitation, tapi aku happy sangat-sangat kawan lain dapat jumpa HELIZA walaupun aku sendiri tak jumpa
paling syok tengok CIK EPAL dan the scarflets.. diorang memang comel..boleh layan dengan HELIZA yang dah memang cun tu
tak apa lah, dah tak ada rezeki, next time memang akan pergi
sebab heliza dan cik epal adalah orang yang paling aku minat sampai lah sekarang
korang boleh tengok entry khas aku ni untuk cik epal


aku tak ada stok gambar diorg gathering tadi jam 3 hingga 5 petang tadi. tapi korang boleh la pegi tengok dekat blog cik epal. esok cik epal upload lagi sedozen gambar dia dengan yang lain

korang-korang semua tak nak jumpa aku ke? hahahaha... aku je duk sakan nak jumpa kawan-kawan blogger, orang je tak nak jumpa aku..hahahaha.. ayat tak boleh blah (padahal baru aje ari tu jumpa CIKGU BLOGGER)

entry berkaitan :

7 anak murid kena cubit

Friday, January 21, 2011

aku cuma nak gembira setiap hari. bukan selalu menangis begini

adakah aku sekarang seperti helaian daun itu, mencari-cari identiti diri?

[gambar : TUMBLR]


tatkala jari aku ligat menari di atas keyboard. mata aku menitis bagai air hujan turun ke bumi. aku tak pasti mengapa aku begini. hari ini tak indah untuk diri aku. aku sedih, sendiri, mencari kekosongan diri. kenapa dengan aku?

ramai orang ada kawan. aku juga ada kawan. kawan senang mudak dicari. macam menjilat aiskrim cornetto RM3.99. bla kita susah, mencari kawan yang ikhlas hati susah sampai nak mati. aku terkesima merenung satu helaian gambar menyentap sanubari. aku pun tak pasti kawan jenis apakah dia ini


kalau aku diberi peluang untuk miliki loket ini, akan aku bakar dalam api

[gambar : TUMBLR]


dulu kami pernah berjanji sehidup semati. buat aku gembira setiap hari tapi sekarang kawan tak macam yang aku mimpi. aku dibuang dalam perigi, tiada hala, tiada tuju. aku tak pasti dosa dan khilaf aku di mata nya. yang aku pasti, dia seorg kawan yg dah buat aku mula membencinya hari ke hari



mak kata kalau berkawan biar saling menjaga hati. ayah cakap kawan biar berpada-pada, buat baik biar sekali. tapi aku nafi apa kata mereka. aku bukan anak derhaka, aku bukan si tanggang bakal di sumpah batu. tapi aku ada hidup aku, aku ada kawan dan aku juga yang hadapi pahit manis mempunyai seorang kawan


menangis lagi. jiwa aku kosong. aku tak pasti mengapa dengan aku hari ini. bukan aku menceritakan aib diri tapi yang pasti ini diri aku, perasaan aku. segala bagai perkara yang aku buat tak kena saja. hati aku makin tak tenang. Allah, terlalu banyakkah dosa aku pada Mu hingga hatiku gusar gundah seperti ini


and for the happiness of my friends and family. <3 >u< I always wish for those things, hoping that they will stay true.

[gambar : TUMBLR]


nota hati :

  • kalau dulu aku sedih dan menyendiri mampu juga aku pergi ke tepi pantai untuk tenagkan hati. tapi sekarang aku tak mampu pergi kesana lagi
  • aku lagi seronok berkenalan dengan kawan di alam maya, mereka terima aku dan kenal aku apa adanya
  • memeluk sang KIKI, menangis dan meraung dalam pelukan si comel itu

10 anak murid kena cubit

Thursday, January 20, 2011

aku sayang mereka!

hari ini hari indah
aku tak akan sia-sia kan lagi
cuti hujung minggu memang masa untuk berehat
bagus juga, rehat badan dan otak setelah 5 hari menghadap kuliah

entry sebelum ini memang biasa aku cakap
aku suka kanak-kanak
kanak istimewa khususnya
tapi kali ni aku bukan cerita psala kanak-kanak istimewa
tapi kanak-kanak yang panggil aku mak cu
anka sedara aku bukan anak sedara kau


ini anak abg aku yg no dua, abang fadhil namanya
ada dua orang anak namanya amirul rasyad 6 tahun dan amirul rayyan 3 tahun



amirul rasyad aku panggil irsyad


memang itu nama manja nya
sebenarnya kalau anda nak tahu dari kecil kita dah boleh nampak potensi seorang budak
contoh kalau dia tak suka mengalah bila bermain
maknanya bila dah besar dia jenis budak yg suka kan cabaran dan mampu hadapi saingan
ini pendapat aku, pendapat korang aku tak pasti
irsyad memang begitu
sangat tegas, berterus terang tapi mendengar kata dan berkepimpinan
aku pernah ingat dialog irsyad dengan ummi nya dekat kedai mainan

irsyad : ummi, irsyad nak ultraman
ummi : ummi tak ada duit lagi sayang, gaji tak masuk lagi.
irsyad : bila gaji ummi masuk?
ummi : akhir bulan, nanti ingat kan ummi belikan ultraman untuk irsyad ye sayang?
irsyad : baik ummi (sambil mengangguk dan berlari terkinja-kinja)

aku tak reka cerita, ini dialog mereka yg aku dengar dengan telinga aku
lihat dengan mata aku
walaupun irsyad baru 6 tahun tapi paham sudah bila ummi nya pesan
kalu kanak-kanak lain mau menghentak-hentak kaki di kedai itu
menangis meraung-raung sampai ibu ayah pun malu
tapi irsyad sangat matang
itu yang pasti



amirul rayyan aku panggil yayan


yayan lelaki sebenarnya, bukan perempuan
tapi aku memang tak boleh ubah nama panggilan itu
manja sangat bila panggil dia

yayan berbeza watak dengan abang nya irsyad
budak kecil lagi tahu menangis sahaja
kalau nampak irsyad di peluk ummi nya, begitu cemburu dan memukul irsyad sekuat hati
ahh, memang dah kanak-kanak
tapi aku suka lihat telatahnya
sebab aku tahu setiap pergerakan mereka melambangkan sikap mereka bila mereka besar kelak

yayan jenis kuat cemburu
pada aku yayan ni jenis sensitif. memang tak boleh juga irsyad lebih dari dia
pendiam, tak suka berterus terang, makan dalam dan orang yang tinggi IQ nya
ini pendapat aku
kelak sudah mereka dewasa mungkin apa aku fikir jadi realiti
mungkin juga ilusi semata



[ gambar : irsyad (abang) dan yayan (adik)]


walau pun mereka banyak kerenah bagai
aku tetap sayang mereka
sayang macam anak sendiri
walaupun tak ada anak lagi
tapi mereka ibarat nyawa aku
cubit peha kanan, peha kiri terasa


bila ada hayat didunia lagi
usaha lah kita untuk selalu ucapkan perkataan bermakna
sayang,
cinta,
terima kasih
dan minta maaf pada orang yang kita sayang
jangan pula bila mereka tiada atau kita yang tiada tinggalkan bumi ini
menyesal tak sudah, rugi diri sendiri, menangis air mata darah pun tak kan ulang kembali kenangan manis bersama mereka

sementara aku masih diberikan nikmat dan hayat yang sempurna
aku mohon maaf kepada dunia, dengan segala khilaf aku terhadap kalian
terima kasih sentiasa menyokong penulisan aku
aku sayang diri aku, mak dan ayah, keluarga
aku sayang nairul
aku sayang kawan-kawan aku
aku sayang kalian semua

moga hubungan kekal hingga hujung nyawa..insyaAllah




10 anak murid kena cubit

Wednesday, January 19, 2011

profesionalkah bidang perguruan?

aku baru pulang, letih sampai terkapai-kapai mencari air
semalam kuliah bimbingan dan kaunseling
indah, hari itu aku dapat ilmu baru
kekal dalam hati sampai aku jadik cikgu nanti

berfikir sejenak, kerjaya guru suatu kerjaya yg profesional kah?
aku duduk diam, berteleku dan termenung, sambil mata terkebil-terkebil
tiba-tiba, mata aku tersentap menjadi juling untuk tempoh 3 saat, halusinasi??
aku bawakan kau dengan suatu topik luar kotak
buka kan minda, luaskan pemikiran


[sumber : GOOGLE]

profesionalkah bidang perguruan??

kalau doktor, jurutera, peguam, kaunselor, akauntan dan jururawat bukankah mereka habis belajar perlu tempuh satu lagi peperiksaan untuk mendapat lesen @ sijil khas sebagai pengiktirafan antarabangsa? guru? adakah begitu?

kalau bidang perguruan sungguh profesional, kenapa pelajar lepasan SPM, guru ganti, Guru sandaran tak terlatih (GSTT) mampu dan layak untuk menggantikan guru bersalin disekolah tanpa mengira akademik seseorang.

padahal kerjaya mendidik bukan suatu yang mudah, perlu ilmu pengetahuan dan kewibawaan yg tinggi. mendidik itu melahirkan individu berguna. melahirkan doktor, jurutera, peguam, kaunselor, akauntan dan jururawat. sepatutnya kerjaya guru lebih dihargai walaupun tiada lesen khas atau mana-mana sijil peniktirafan antarabangsa.

mungkinkah perlu ditubuhkan 1 badan khas untuk mengeluarkan 1 lesen @ sijil khas kepada guru supaya mereka mendapat pengiktirafan antarabangsa?

aku bengang. ada juga manusia pandang sebelah mata dengan kerjaya guru
mari kau! aku zip kan mulut. diam sahaja! dari bercakap menyakitkan hati orang lain

kau fikir, mengawal kelas dengan pelbagai kerenah anak-anak murid itu perkara senang?
kau ingat kami makan gaji buta, kerja kami tak sakit kepala?
kau rasa mendidik muird jadi orang berguna itu mudah?
kau yakin guru tugasnya mendidik sahaja? mereka juga banyak tanggungjawab lain di sekolah dengan jawatan tak henti-henti terpikul dibahu

kalau ya yang kau kata, mari cepat hadap kan muka kau dihadapan cermin. kau siapa? apa hak kau menghina orang? kau siapa bercakap riak takbur? kau lupa kau kecil berhingus comot dengan perangai nakal ke sekolah, guru juga didik jadi manusia berguna. kalau kau tak hargai, sila kau mati cepat

kalau kami tak pernah miliki lesen dan sijil khas pun
kerjaya kami mulia
lepasan guru pelatih IPG atau pelajar IPTA dan IPTS seluruh dunia balik Malaysia kena juga ikuti temuduga dan jalani pelbagai prosedur untuk kami sah kan jawatan sebagai seorang guru.
masuk IPG sekarang juga susah. kalau tiada 7A+ keatas.. jangan kau harap muka ada dekat IPG
sama-sama kau fikir


[sumber: TUMBLR]

aku dah penat otak, aku perlu rehat
kelak kau sedar, boleh kau cerita pada dunia sesungguhnya kerjaya guru benar profesional.
aku tak kata semua aku nyatakan diatas itu betul. aku berkata dari padangan aku.



cik mas kata : profesional atau tidak kerjaya guru itu hanya Allah yang tahu. kesungguhan menjalankan tanggungjawab mulia pasti dibalas dengan keberkatan dan kecemrlangan dunia akhirat


nota kaki :
  • hari ini aku terpaksa batal pertemuan dengan seorang rakan blogger kerana kekangan kewangan
  • dilema mahu mengubah blog menjadi faceblog. rasionalkah?
  • bahu kanan makin hari makin sakit. penyakit dari kecil. kenapa tak berkurang?



Categories 19 anak murid kena cubit

aku tahu, itu diri aku! tapi aku ok!

hari ni aku menghadap netbook dengan badan membongkok
siku cecah lantai, jari semakin ligat menari di atas keyboard
sakit pinggang tapi itu hobi aku dan tak pasti mengapa aku begitu
natijah, kelak tua jangan salahkan orang lain

aku nak cakap jujur, ikhlas dan telus
ini diri aku, bukan diri kau
kau tak suka kau aku boleh buat apa? hak kau
tapi aku suka jadi diri sendiri


1. aku jenis orang yang mulut banyak

aku suka cakap. aku suka ketawa. ketawa kuat-kuat. sampai cair telinga kawan sebelah. bayangkan ibarat kilat menyambar bumi. macam tulah aku cakap. kawan cakap aku ni mesti penah menang bercerita masa skola rendah, mak aku plak cakap aku tak pernah penat cakap. sedara aku kata aku ni kepoh, blogger lain cakap aku peramah. apa boleh buat? mulut orang

2. aku ni orangnya sensitif

kalau orang marah aku. aku diam. aku terasa aku diam juga. aku marah orang aku diam. kalo aku diam makna nya aku susah untuk bercakap dengan banyak mcm habit aku selalu. mak kata aku macam bini kena cerai laki, tapi aku tak kahwin lagi, macam mana?


3. bersilat siong

aku ada ilmu silat. silat sendeng johor. masa hayat aku tingkatan lima. tapi sekarang malang sungguh, aku tak ingat 1 buah pun. kalau di kejar dek peragut, aku tau perkara pertama aku buat adalah berdiri tegak, tangan kembangkan seperti berdoa kelangit, mata dongak dan nyanyi lagu 'negeri' dengan penuh semangat. itu sahaja aku mampu

4. aku jenis manusia badan besi

kalau besi maknanya keras berdentum bukan? aku ni kalau masuk hutan, aku rasa akau boleh hidup. sebab aku suka benda lasak dan mencabar. aku boleh tak makan 2 hari. di ulangi, 2 hari sahaja. tapi malang, aku tak da kawan yang boleh join sekepala dengan aku. mak kata kalau ganas-ganas selalu nanti lelaki tak suka. penah patah semua gigi pecah bibir masa 4 tahun sebab tersembam muka pda tembok simen. tapi aku tak nangis. aku pernah dapat anugerah Wirawati terbaik PLKN, mungkin tu mengukuhkan hujah lagi yg aku ni jenis badan besi.

5. aku jiwa bunga

badan besi tak semestinya jiwa pun besi. hati aku ada bunga. aku suka benda warna pink.aku suka benda comel-comel, aku suka budak-budak lagi-lagi kanak-kanak istimewa

6. aku manusia jaga muka

cuci muka 3 kali, sapu toner kat muka mesti sampai 3 kali keping kapas juga. aku rasa muka aku banyak kuman jerawat. aku gosok sampai tak ada apa-apa keluar lagi. bau busuk mungkin sebab resdung. sbb muka aku tak macam muka org lain. aku kena rasional disitu.

7. aku kaki panjang

aku manusia yang tinggi. tinggi aku 166 cm.. mak cakap aku jalan nampak macam bangau. aku suka pakai heels 2-3 inci. kaki aku panjang, badan aku pendek. kawan-kawan aku cakap aku tak normal. sampai ati mereka



aku cerita kisah aku. diri aku, jiwa aku, badan aku
aku redha aku syukur
aku tak tipu, itu realiti
aku ramai kawan
kawan senang, senang di cari
pentingkan diri, larikn diri
kawan susah jumpa sekali
terima aku apa adanya



nota hati : kawan terbaik aku ialah keluarga aku!




13 anak murid kena cubit

Tuesday, January 18, 2011

KEBURUKAN PERNIAGAAN MLM!!

sebelum anda mulakan pembacaan sila rujuk entry ini dan ini terlebih dahulu

Kenapa MLM adalah skim piramid?

  1. Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk.
  2. Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk.
  3. Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah ‘atas angin’.
  4. Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
  5. Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.


Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor?

  1. Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
  2. Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
  3. Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidak masuk akal.
  4. Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu ‘sistem’, bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai ‘nature of business’. Anda sebahagian daripada ‘sistem’ yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
  5. Menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar.
  6. Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
  7. Sistem ‘pelan pemasaran’ yang amat meragukan dari sudut Syariah.


Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam?

  1. Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.
  2. lebih daripada 80% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal, apatah lagi untung.
  3. Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia, kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
  4. Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda.
  5. Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah.
  6. Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.


Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:

  1. Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia.
  2. Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
  3. Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.
  4. Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil.
  5. Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.
  6. Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda.
  7. Pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.
  8. “Jika saya boleh, anda tentu boleh”. Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal


Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:

  1. Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat.
  2. ‘Pelan pemasaran’ yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai memudahkan mereka memutar belit fakta.
  3. Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
  4. Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa “jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.”Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
  5. Mempunyai dana yang besar untuk ‘menutup’ mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan.


Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?

  1. Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
  2. Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 ‘mind control’ (nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)
  3. Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu.
  4. ‘In state of denial.’ tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.
  5. Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke 20, jadi tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
  6. Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah,maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.


Untuk renungan:

  1. Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar, biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefon boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut untuk melihat dengan mata anda sendiri.
  2. Logikkah harga sebotol minuman ‘kesihatan’ berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat dibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sesiapa saja.
  3. 8/10 daripada rakan/saudara/ keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif. Kenapa?
  4. Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah ‘cukup duit’.
  5. Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.
  6. Kini ramai upline cuba mencari downline dari kalangan pelajar-pelajar kolej atau universiti kerana golongan ini senang termakan janji dan tertipu dengan upline. Ini kerana golongan ini ada dikalangan ‘sengkek’, ‘pokai’ dan orang memang tiada duit ataupun orang susah. Ditambah lagi dengan golongan ini dapat peruntukan dari pinjaman atau PTPTN.


Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?

  1. Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai ‘sistem’, bukan ‘produk’.
  2. Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
  3. Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?
  4. Dari 100% yang masuk MLM hanya lebih kurang 10% sahaja yang berjaya dan kaya raya.
  5. Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang semata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
  6. Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
  7. Piramid yang tidak mempunya ‘tapak’ akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.

sekadar perkongsian anda. sumber anda boleh rujuk blog INI


nota hati : ada rasionalnya juga kita tak payah langsung ceburi MLM ni...buang tenaga lagi sau boleh buat hubungan sesama individu semaki renggang..tak percaya? anda boleh fikir sendiri... lagi 1 anda perasan tak apa yg saya beri tahu tentang MLM sebelum ini (dlm 2 entry atas sekali) sama macam apa yg baru saya post ni...


cik mas kata : hari ini saya dapat tahu rakan blogger yg sangat rapat dengan saya telah demam hampir dua minggu akibat terserempak makhluk halus..dan sekarang beliau tak kebah lagi dari demam panas. harap-harap cepat sembuh.. amin
jenguk beliau di BLOG INI
Categories , 6 anak murid kena cubit

tarikh penempatan PISMP 2010 dah keluar! alhamdulillah

Wee: Third account for headmasters does not exist

JOHOR BARU: There is no such thing as a third account for headmasters of Chinese schools, said Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong.

Dismissing claims by the Chinese Schools Parents Association of a fund for school heads, Dr Wee said Chinese schools had two accounts — government-aided fund and public donation.

“The funds from government allocation goes towards administrative cost and buying school equipment. The public donation account is used for building school amenities such as the canteen.

“No special account exists for head­­­masters or principals of Chinese schools,” Dr Wee said after visiting the Love Foundation Home for Han­dicapped children here yesterday.

He said Chinese schools were audited by the Ministry’s internal audit and the Auditor-General’s department.

Dr Wee was responding to a claim by the association in a Chinese daily which said that such a fund could lead to swindling or misappropriation.

He advised the association to provide proof to substantiate its claim.

Dr Wee announced that the Bachelor of Teaching Degree Programme is expected to be accredited by the Malaysian Qualifications Agency on Jan 24, enabling more than 2,000 teachers from the programme to start work after the Chinese New Year school holidays.

“The teachers will be posted to schools as trained temporary teachers by Feb 7,” he said.

He said Education Service Commission would interview them before offering them full time teaching positions.

The United Chinese School Teachers Association (Jiao Zong) had reported­ly called on the ministry and the relevant agencies to hasten the process of teacher placement in schools.

sumber : thestar


cik mas potpetpotpet : alhamdulillah... tahniah..doa kalian termakbul... tunggu posting dan surat lantikan je la ye...

8 anak murid kena cubit
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas