Saturday, January 15, 2011

hari ni aku nak cakap isu pemungut derma! boleh kan?

duduk bersila kemas dihadapan meja betatapkan netbook HP silver
mata terkebil-kebil jari pula ligat menaip

assalamualaikum...
aku berminat kuarkan isu pemungut derma
ikutan dari beberapa masa lalu hadir depan rumah insan kononnya dari RUMAH ANAK YATIM


ikuti dialog perbualan
(mengangkat pakaian yg disidai dihadapan rumah, hadir budak itu 2 orang)

budak : kak mintak derma kak
aku : derma apa dik dah petang ni
budak : derma anak yatim, ada buku agama ni, akak boleh beli
aku : ada riset? atau mana-mana surat yg benarkan awak mintak derma ni?
budak : tak ada, tapi ni kira macam tugasan kami
aku : tugasan? pelik ni? biasa derma memang dapat resit. buku tu akk dah ada
budak : [berlalu pergi dengan laju]


musykil disitu..aku tak habis ayat lagi..banyak nak tanya sebenarnya dekat budak tu..tiba2 dah pergi pulak..

memang belajar dekat tempat anak yatim ada tugasan kutip derma ke?
bukan ke diorg mmg dapat peruntukan, perlu kutip derma lagi ke?

lagi satu hal...bukan setakat ANAK YATIM, budak dari pusat TAHFIZ, SENDIKET pengutip derma pun ada juga...kadang2 dalam bas ekspress datang pakcik tua bawak surat hospital kata dia kena GAOT (ala sakit kaki orang tua-tua tu)..driver bas tak dapat halang dah.. kadang-kadang derma renovate masjid, dlm alamat tu masjid pun tak wujud!

sampai satu tahap budak mintak derma bawak sticker ayat QURAN, lpas 2 masukkan dalam beg kita, minta kita duit.padahal tanpa sedar perkara tu berlaku.. kita ni tak nak beli pun sticker tu..hish!! melampau..!

anda kat luar sana hati-hati...kalau ada orang mintak derma, jangan lupa minta padanya resit atau surat berkaitan..perhatikan betul-betul... beramal ibadah banyak caranya tak semestinya derma macam tu...

pesanan ringkas ni..ambil perhatian kanak-kanak mengutip derma bawah 16 tahun, mereka melanggar Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947. Ini aktanya kalau nak baca:

bagi melarang orang di bawah umur yang ditetapkan
daripada bertindak, dan orang lain daripada menyebabkan
atau membenarkan orang di bawah umur itu bertindak,
sebagai pemungut;

[Seksyen 5(2c)]


cik mas potpetpotpet : boleh tak aku bagi derma senyuman je untk mereka ni? ataupun sedekah kan 1 ayat bermakna berbunyi "JOM IKUT AKAK PEGI BALAI POLIS" ...agak-agak demand sangat tak?




6 anak murid kena cubit:

zairy on 6:14 PM, January 15, 2011 said... BALAS

owh, xtau la ade style selitkan stiker dlm beg kita... belum pnah kne lgitu..

berkaitan dengan sedekah tu, rsenye xyah resit pn xpe. just bgi yg brpatutan je la... singgit ke due ringgit ke.. kte sedekah... die nk gune untk ape tu x kesah la, yg pnting kite dh niat nk bantu die. nk gune untuk ape tu soal die ngn tuhan je la...

aihanmujar on 6:16 PM, January 15, 2011 said... BALAS

mak ajar kalo boleh bagi sedikit, bagi lah supaya dia tidak didera oleh org yg x bertanggungjawab....

Qib on 6:35 PM, January 15, 2011 said... BALAS

wah// menakutkan. sekarang ramai sindikett

|Cinta SYOK sendiri|

cik mas on 9:25 PM, January 15, 2011 said... BALAS

@Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A'sri

pernah berlaku yg letak sticker dlm handbag... jadi terkejut sgt masa 2.. :(

yup...sedekah sedikit, niatkan ikhlas je ...=.=

thnks komen anda .....slmt berblogging..

cik mas on 9:26 PM, January 15, 2011 said... BALAS

@aihanmujar

em...betul tu..ikhlas kan niat je..kesian kat mereka kan...

slm perkenalan & slmt berblogging :)

cik mas on 9:26 PM, January 15, 2011 said... BALAS

@PinQib

qib..memang bahaya sekarang ni... :)

slmt berblogging qib ..hehe

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas