Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah semalam 21.7.2012 aku dan tunang dah pun selesaikan tentang pekej perkahwinan untuk majlis kami nanti pada 22.12.2012. Kami pergi 2 butik di sekitar Bukit Gambir, Muar. Butik pertama Butik Andaman Pengantin Remaja. Butik ni memang murah, pakej paling mahal yang ada baru RM2000. Baju pun sangat cantik dan design terbaru. Mula-mula kami lega, sebab pakej yang kami nak tu harganya RM 1700. Bila kira-kira balik, pelamin yang disediakan utk pakej tu sangat simple. Alahai. Terus kitorang rasa down sangat. Cerita punya cerita, sekali tengok kalender diorang, tarikh wedding kami tu dah penuh. Apa lagi dengan hampanya kami pun keluar la dari butik tu.
Tak jauh dari Butik yang kami pergi tu, ada lagi satu butik baru buka. Kami cuba nasib. Nama butik tu Pesona Pengantin. Pekerja yang melayan kami tu nyah sebenarnya. Tapi sangat mesra dan boleh bertimbang rasa. Harga asal adalah RM2300, dan harga yang kami dapat RM2000. Dan itulah budget kami dan itu je kami mampu. Nasib baik dia jenis yang peramah. Kebetulan tarikh wedding kami masih kosong lagi. So, terus kami booked.
Pakej yang kami dapat dengan harga RM2000 ialah :
Set Pelamin (kami request designnya, tapi 1 panel je lah)Hiasan Main tableHiasan Bilik tidur1 set persalinan bersandingFull Aksesori pengantin (semua barang termasuk yang digunakan sepanjang majlis)Make up 2 kaliPintu gerbang
Korang rasa macam mana. Ok ke tidak? Huhu. Kalau tak ok pun, terpaksa juga ok kan. Sebab butik lain lebih mahal dan kebanyakannya dan full utk tarikh wedding kami.. Sedih sebab baru bulan 7, wedding bulan 12 kebanyakkan nya dah full. Kitorang lewat sangat ke. huhu.
Ini adalah contoh design pelamin yang aku dan tunang aku request pada Butik Pesona Pengantin. Ronny kata pada kami yang dia akan buat pelamin ni 95% sama macam dalam gambar ni. Lega bila dengar. Harap2 berbaloi dengan apa yang kami bayar.
Doakan wedding kami pada 22.12.2012 nanti berjalan dengan lancar ye. InsyaAllah. Amin :)
Post a Comment
14 anak murid kena cubit:
mudah2an.. amin.. :).. canteknyer pelamin...
wah...
tahniah kak..
pergh..
berbaloi pakej tu...
terbaik!!! :)
AsSalam...
Kalau di tempat saya...
3 bulan lepas pun banyak dah start book pelamin & baju if majlis bulan Disember..Anyway..pelamin tu cantik..Dan harga bebaloi... =) =) =)
Sekarang semua mahal kan...kena betul2 budjet supaya tak berhutang.
tak elokkan berhutang utk kahwin!
@♛ Dea Arematt ♛
thanks dear.. ala pelaminnya biasa aje,... skg ni mcm2 design dh.. hihi :)
@Cikgu Fikri
fik... tu je akak mampu.. hahaa... so amik yg biasa2 je.. :)
@Izza Hanna Halili
huhu.. cikmas xtau yg kena booking awal benda2 tu.. mula2 cikmas saje2 la dtg tengok2 baju.. slai bila dengar tarikh kitorg dah full.. baru kelam kabut.. hehee
@teratai
sy tak berhutang pun.. pakai duit hantaran yg tunang bagi.. dan tambah duit gaji sendiri... kumpul skit2.. hihi :)
salam. bole tak nak twu alamat butik pesona pengantin tu. TQ. :)
salam. bole tak nak twu address butik pesona pengantk nih. or maybe fb ke.tq. :)
salam. bole tak nak twu address butik pesona pengantin nih. or maybe fb ke. tq. :)
Salam.boleh tak bagi contact no. Butik pesona pengantin tu
salam bole x bg alamat dan contact number butik pesona pengantin
salam,bole x bg alamat n contact no butik pesona pengantin