Assalamualaikum. minggu lepas saya sempat perbaharui penulisan, itu pun sedikit sebanyak pasal perangcangan untuk My Big Day kelak. Kali ini saya nak review beberapa Wedding Photorgaphy yang pada pandangan saya, mereka sangat-sangatlah berkeliber, hasil tangan dan bayaran yang dikenakan berbaloi dengan usaha keras mereka.
1. AliceShah Studio
Saya sempat singgah di booth mereka pada 19 Februari di Square One, masa tu ada Pameran Pengantin di Batu Pahat. Layanan sangat istimewa, mereka peramah, tidak letih melayan sebarang pertanyaan dan kerenah pelanggan. Kalau tak silap saya AliceShah Studio terletak di Jalan Bakri, Muar, Johor. Secara jujurnya pekej yang disediakan sangat-sangat berbaloi.
Kelebihan AliceShah Studio :
- Memiliki Studio sendiri di Muar (Kalau Photoshoot Outdoor masa tu cuaca tak berapa mengizinkan, mereka lgantikan dengan photoshoot dalam studio)
- Boleh bayar ansuran setiap bulan sehingga cukup harga pekej
- Gambar yang berkualiti, cantik, kemas dan editting yang sangat memukau
- Boleh pilih pelbagai jenis kulit untuk Beg Album. Pilihan yang sangat menarik dan cantik.
2. BONK PRODUCTION
Team BONK Production adalah dari kalangan guru-guru. Saya kenal mereka semasa mereka menuntut bersama-sama di Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu. Kiranya mereka adalah bach sama dengan saya. So, selalu terserempak team ni bila diorang bergerak untuk projek vediogeaphy diorang. Hasil kerja diorang pun sangat-sangatlah bagus dan kreatif.
Kelebihan BONK PRODUCTION :
- Boleh request Video sepanjang majlis
- Gambar yang cantik, kemas dan menarik
- Harga yang berpatutan dengan pekej yang disediakan
3. BLINDGRAPHIQUE STUDIO
Terletak di Shah Alam. Saya sempat bersembang dengan Bro Zafriq semasa di Muar. Masa tu terserempak masa wedding rakannya di Bukit Gambir. Bro Zafiq memang profesional orangnya. Team ni ada banyak kategori.
- Principal (Bro Zarfiq yang shoot sendiri)
- Senior
- Junior
Setiap kategori harga nya berbeza dan hasil tangan nya pun sangat berbeza. Yang paling kaw-kaw punya shoot adalah dari Principal iaitu Bro Zafriq. Kalau tak silap saya, bro Zafriq adalah salah seorang Photographer semasa AJL tahun 2011. Boleh tengok facebook diorang untuk maklumat lanjut.
Apa yang menarik tentang diorang ialah pekej mereka yang unik :-
- Pekej diorang boleh pilih nak iPad atau Samsung Galaxy Tab, semua gambar perkahwinan korang akan di masukkan dalam iPad atau Galaxy tab dan dibuat dalam bentuk movie.
- boleh request nak buat vedio Save The Date untuk tayangan sepanjang majlis. Diorang akan buat vedio dan akan tanyangkan sepanjang majlis korang, means tetamu datang sambil makan and boleh tengok vedio percintaan pengantin
- Pekej sangat berbaloi kerana bro zafiq sangat-sangat profesional dan kreatif.
- Bro Zafiq shoot gambar guna camera nya dan terus save dalam simpanannya tanpa sebarang edit. Sebab gambarnya memang sangat cantik.
4. MUSARTWORK DIGITAL PHOTOGRAPHY
Bro Mus ini adalah senior saya di IPG KKB dulu. Hasil tangan beliau pun memang puas hati. Kalau yang bakal pengantin yang inginkan hasil cun dari bro Mus boleh hubungi beliau. Kalau tak silap bro Mus duduk di Temerloh. Yang di Temerloh boleh la request jika berminat. Yang duduk tempat lain pun apa salahnya jika inginkan yang terbaik untuk majlis anda nanti.
********************
Pilihlah Photographer yang terbaik buat anda semua, mudah berunding dan mampu memberikan kepuasan maksima untuk kenangan Majlis Perkahwinan anda. Dismaping itu jangan lupa bajet anda. Jangan sampai yang lain pula tergendala. Mungkin banyak lagi fotografer yang lebih baik dari apa yang saya nyatakan. Terpulang pada masing-masing. Bagi saya, mereka ini adalah yang terbaik dan insyaAllah salah satunya akan jadi Fotografer untuk Majlis Perkahwinan saya nanti. InsyaAllah.
Post a Comment
4 anak murid kena cubit:
salam kak mas. sy pon teruja nak crik photographer..haha pdahal calon pon xdak lagi..nway, semoga dipermudahkan segala urusan hingga ke hari bahgia ye :)
wahh, ramai jugak photographer yg akak kenal ea :D
@misz aisya
its ok dear. at least dah ada panduan utk kamu nanti... hehe.. semua photografer ni best and pekejnya berpatutan dengan kualiti mereka. :)
@purplekyu^_^
ha ah, kebutaln sebab nak dekat majlis, so puas la akak mencari mana yang best... :)
boleh la cuba ye.... hiiii...