Assalamualaikum. Sekian lama saya tak memperbaharui penulisan di blog kecil saya ini. Rasanyanya cukup 4 bulan dah. Maaf kepada pembaca yang sering meluangkan masa di blog saya ini. Saya menyedari jika kita meninggalkan blog tanpa memperbaharui penulisan, ia akan menyebabkan pembaca kita semakin 'jauh' dengan 'penulis'nya. Itu tak mengapa, sebab saya berharap pembaca saya ikhlas dalam apa jua jenis penulisan saya.
Minggu lepas, saya sempat berbual dengan Guru Besar saya. Beliau memberikan galakan dan dorongan kepada saya untuk meneruskan penulisan di blog ini. Saya tak lah sehebat mana, apa salahnya saya dengan sedikit dorongan dari Guru besar saya, saya cuba pertingkatkan diri kearah menjadi guru yang ikhlas menyebar ilmu bukan sahaja di sekolah, malah kepada warga pembaca blog.
Kita teruskan kepada topik utama kita iaitu Kelemahan diri. Setiap guru seperti saya memang tidak dinafikan banyak kekurangan dan kelemahan. Begitu juga orang lain. Dengan penempatan pertama saya di SK Penghulu Salleh, Batu Pahat membuatkan saya semakin kuat, semakin gembira untuk terus menjadi pendidik.
Manusia ada kelemahan dan anggaplah setiap kelemahan dalam diri itu sebagai 'guru' yang membuatkan kita semakin matang dalam hidup. Kelemahan dan kelebihan yang Allah ciptakan untuk kita pasti ada hikmahnya dan kita patut bersyukur. Manusia yang tidak bersyukur dengan kelemahan dan kelebihan diri itu boleh dikategorikan manusia yang tidak berguna.
Saya tidak malu untuk mengaku kelemahan diri saya. Saya juga tidak malu memohon maaf, ucapan sayang dan mengucapkan terima kasih kepada anak murid saya jika saya melakukan kesilapan. Pernah suatu masa tu, saya dimalukan oleh sekumpulan murid di sekolah rendah, rasa ingin lari dan menangis kerana maruah saya sebagai guru tercalar, tetapi dengan kekuatan hati serta pujukan oleh murid-murid istimewa dibawah didikan saya, mereka buat saya semakin sejuk dan semakin kuat dalam hidup.
Sepanjang pengalaman saya bergelar guru, saya lebih selesa bersama kanak-kanak istimewa berbanding kanak-kanak normal, kerana mungkin itu sudah bidang saya. Tetapi bagi saya mereka adalah kanak-kanak yang menggembirakan dan langsung tidak menyusahkan saya. Kanak-kanak istimewa banyak kelemahan dalam diri. Saya juga begitu, apa salahnya kami bertolak ansur dengan kelemahan masing-masing dan hubungan kami semakin rapat amtara satu sama lain. itu kunci hidup saya kerana saya sayang kanak-kanak istimewa hampir separuh nyawa saya.
Semoga penulisan ringkas ini dapat memberikan semangat kepada rakan-rakan guru yang lain. InsayAllah saya akan sentiasa memperbaharui penulisan saya ini dari semasa ke semasa. Doakan saya ya.
Post a Comment
1 anak murid kena cubit:
salam cikgu comel
saja bagi suggestion
ajar le bebudak cikgu nak create blog