Tuesday, February 25, 2014

Pantang Bersalin Part 2



Salam. Sambung lagi berkaitan pantang bersalin. Aku bersalin di Hospital Batu Pahat. Tapi aku berpantang di Segamat rumah mertua aku. Cadangnya memang nak berpantang dengan mak sendiri tapi disebabkan mak tak berapa sihat, aku pantang rumah mertua. Alhamdulillah, mertua pun ok, baby dan aku pun serasi sepanjang 44 hari berpantang.

Mertua aku jenis yang kuat juga mengikut adat dan pantang tapi masih lagi boleh bertolak ansur. 

Pantang bersalin yang aku buat antaranya ialah : 

Bab makan.

Mertua aku jaga betul bab makan, yang gatal- gatal, pedas, berangin, berlendir, berlemak dan berminyak memang tak makan. So aku makan lauk yg rebus dan bakar je. 

Bab kerja berat. 

Yang ini paling mertua jaga.  Kata orang tua angkat cerek pun tak boleh. Jalan laju pun tak boleh. Jangan sampai peranakan bergoyang sebab masih lemah. Apetah lagi baring mengiring, risau peranakan akan senget. Sepanjang aku berpantang, aku ada je mengiring sebab menyusukan anak sambil baring. 

Bab memakai bengkung. 

Ini memang aku tak tinggal. awal-awal aku pakai bengkung yang ikat. Dah masuk sebulan aku pakai yg jenis cangkuk je. Sebab dah mula rasa rimas dan leceh pakai yg belit- belit ni. Serius letih. Kalau orang tolong pakaikan takpe. Ni pakai sendiri memang aku tak larat la nak sampaikan 44 hari tu. Korang jangan macam aku pulak. So pakailah bengkung yg lilit 7 meter ke, atau yang ikat tu sampai habis pantang ye.

Ok ini sahaja tips dan ingatan untuk kawan2. Nanti update lagi ye. Salam




0 anak murid kena cubit

Sunday, February 16, 2014

Masalah Breastpump Medela Swing

Salam. Aku minat betul nak share kat korang berkaitan breastpump ni. So sama-sama dapat ilmu. 

Hari ni hari ke 26 aku berpantang. Banyak dugaan, banyak pengalaman dan banyak juga ilmu baru aku dapat. 

Hari ni cerita pasal breastpump Medela Swing aku yang selalu buat hal masa pantang. Air susu yang di pam tu termasuk dalam tiub. Menggelabah tak ingat dah takut-takut pam aku rosak. Dah la mahal membelinya sampai nak keluar biji mata. Tapi aku punya tak la sampai masuk motor pam tu. Air susu masuk kat bahagian tiub.



Cara nak selesaikan masalah : 

1. Offkan secepat mungkin motor pam tu kalau korang dengar bunyi pelik dari pam korang. Korang akan perasan susu yang korang pam tak turun ke botol. Malah dia menuju ke tiub dengan laju. Apa lagi, sepantas kilat korang kena off kan ok.

2. Pastikan dekat tiub tu tiada setitik air pun. Maksudnya bila susu termasuk dalam tiub tu, cepat-cepatlah korang offkan motor. Cabut tiub dan korang tiup tiub tu sampai air susu tu keluar. Renjis-renjis skit tiub tu sampai yakin tiada langsung air.

3. Kalau pam susu, pastikan motor breastpump tu lebih tinggi dari korang. Maksudnya kalau korang pam bersila dekat lantai, letak la breastpump tu dekat atas meja atau pun kerusi. Supaya tiub tu elok je naik ke atas. Jadi angin tak la mudah masuk dan bagi tekanan pada tiub tu. Tak lah rosak nanti.

4.  Andaikata kalau susu dah termasuk dalam motor. Korang on je motor tu tanpa pam. Selama 5-15 minit. 30 minit lebih baik jika susu yg masuk tu banyak. Tujuan on kan motor tu, Biar air dalam motor tu kering. Kan motor tu nanti panas. Mesti susu boleh kering dalam pam masa tu. 

Ok. Ini sahaja perkongsian aku. Kebetulan juga aku tau ni dari baca blog seseorang. So aku try sendiri. Menjadi dan berkesan. Selamat mencuba! 
0 anak murid kena cubit

Saturday, February 8, 2014

Benda penting masa pantang

Salam. Sambung lagi cerita berkaitan hal-hal bersalin, berpantang dan seangkatan dengannya.

Masa sebelum bersalin, aku dah buat research dan sesi temu bual dgn kawan-kawan rapat berkaitan set selepas bersalin, maksudnya barang apa yang wajib ada dan sangat penting masa pantang. 

1. Breastpump

Kenapa penting? Breastpump apa jenis pun yg korang pakai tu tak kisah asalkan ia berfungsi bantu korang keluarkan susu. Bayangkan sekarang banyak kes kuning kat baby, so jalan penyelesaian adalah bagi susu ibu start dia kuar dari perut sampai la 6 minggu kelahiran (tempoh jaundis). Pam banyak2 dan bagi kat baby sejam sekali sampai baby berak dan kencing kuning. 



Aku beli breastpump Medela Swing. Aku tak tau kenapa aku beli brand ni maybe sebab housemate dan kawan2 sekerja semuanya pakai brand medela. So aku banyak tanya diorang. Tak sakit. Susu pam cepat dan tak banyak part korang kena cuci masa basuh breastpump tu.

Alhamdulillah, bagus breastpump ni walaupun mahal. 

2. Param, pilis, tapel, herba mandian, pati ikan haruan

Benda ni semua orang pun tahu. Mesti pakai masa pantang. Tapi aku, aku sempat pakai seminggu je. Sebab lepas pakai param, pilis, tapel dan herba mandian ni badan aku jadi kena ruam, gatal-gatal yang amat. Tak dapat tidur sampai kena bengkak-bengkak merah. Tak memasal masa pantang, aku kena ulang alik pakar kulit semata kes gatal. So sampai habis pantang aku tak pakai langsung. Stok yang ada, aku campak kat tong sampah. 

Semua benda yg aku cakap tu penting sebab bila korang pakai badan korang rasa sangat ringan. Korang jangan sibuk beli yang kena bancuh tu. Korang beli je yang dah siap punya, tinggal sapu macam losyen ok. Mudah dah selamat.

3. Bengkung

Wajib  ada. Elok la beli 2 atau 3 helai sebab nanti pakai boleh ganti-ganti. Tak kan nak pakai sehelai je, bila masa nak basuh bila masa pulak nak pakai kat badan. So siap sedia dari awal. Bengkung tu cari yang selesa, serap peluh, panjang boleh sampai punggung dan boleh support bahagian peranakan. Itu penting. 

Setakat ni je dulu. Next entry nanti aku cerita lagi ok. Teruskan membaca.
0 anak murid kena cubit
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas