Saturday, February 8, 2014

Ketika nyawaku dihujung rambut

Salam. 

Alhamdulillah aku masih berada dalam keadaan sihat walafiat. Masih juga dalam tempoh berpantang hari ke 18. Dan, hari ini juga genap 18 hari anak kesayanganku Muhammad Amirul Fawwaz menjengah ke bumi selepas 9 bulan dalam rahimku. Allahuakbar, masih terasa betapa pedih dan sakitnya bersalin itu. Memang ia tak dapat digambarkan. Betul, memang pada waktu itu nyawa dihujung rambut dan hanya Allah sahaja tempat aku bergantung. 

Pertamanya, sakit ketika kerap kali diseluk untuk cek luas  buakaan jalan pd rahim. Keduanya sakit semasa contraction. Ketiga, sakit saat meneran. Keempat, sakit ketika digunting dan dijahit... Semua perkara ni tak pernah aku lupa, kadang-kadang ada masanya air mata menitis sendiri bila terkenang dasyat sakitnya bersalin. 

Walaupun sakit itu bergunung-gunung hingga tak mampu diluahkan. Tapi Apabila melihat bayi yg dilahirkan, rasa hilang semua kesakitan dan kepenatan. 

Saat sakit itu datang : 

Jam 1 pagi sewaktu aku sedang nyenyak dibuai mimpi. Sakit itu datang 5 minit sekali. Sakit menerik-nerik di bahagian rahim. Aku tahankan dulu sampai jam 3.00 pagi baru aku kejutkan suami. Hati ni memang dah menyangka yg aku akan bersalin, aku siapkan diri. Mandi, berwuduk, solat sunat, baca surah Maryam dan aku sempat makan kurma dan minum air zam zam. Jam masa tu dah pukul 4.00 pg. Kami bertolak ke hospital dan aku ditahan wad dgn bukaan jalan 2cm.

Sakit contraction terus menerus sepanjang hampir 1 hari. Sakit tak kira masa, setiap saat. Yang pastinya aku gigit selimut hospital, aku pegang katil hospital sampai menggigil. Badan berpeluh-peluh. Sambil mulut membaca apa yg patut. Sempat juga aku makan kurma nabi sebanyak yg boleh dalam keadaan sakit tu. Maghrib tu jam 7.30 malam aku tak tahan sakit, panggil nurse minta injection tahan sakit. Bukan semakin kurang, malas semakin bertubi-tubi contraction. Aku tak tahan, loceng hospital yg aku genggam tu aku hentakkan kan pada katil. Nurse kelam kabut datang, seluk utk cek jalan dah 9cm. Semua nurse berlari tolak aku perfi labour room. 

Di labour room ingatkan boleh terus bersalin, rupanya doktor suruhtunggu sampai 10cm baru boleh teran. Aku tahan, dan sampai masanya aku pun selamat melahirkan. Sakit digunting, dijahit cuma Allah je tahu. Tapi Alhamdulillah, memang sakit tp lega bila lihat wajah bayi sendiri. Masa tu jam menunjukkan pukul 10.45 malam. Tarikh 21 Januari 2014.


Ini lah anakku yg ku kandung 9 bulan dalam rahim. Semoga anak ini menjadi anak yg soleh, cerdik, penyayang, ceria, berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat. Amin. Mama dan papa sayangkan kamu sepenuh hati wahai muhammad Amirul Fawwaz anakku. 


Muhammad Amirul Fawwaz bin Nairul Aqmal 


0 anak murid kena cubit:

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas