Tuesday, February 25, 2014

Pantang Bersalin Part 2



Salam. Sambung lagi berkaitan pantang bersalin. Aku bersalin di Hospital Batu Pahat. Tapi aku berpantang di Segamat rumah mertua aku. Cadangnya memang nak berpantang dengan mak sendiri tapi disebabkan mak tak berapa sihat, aku pantang rumah mertua. Alhamdulillah, mertua pun ok, baby dan aku pun serasi sepanjang 44 hari berpantang.

Mertua aku jenis yang kuat juga mengikut adat dan pantang tapi masih lagi boleh bertolak ansur. 

Pantang bersalin yang aku buat antaranya ialah : 

Bab makan.

Mertua aku jaga betul bab makan, yang gatal- gatal, pedas, berangin, berlendir, berlemak dan berminyak memang tak makan. So aku makan lauk yg rebus dan bakar je. 

Bab kerja berat. 

Yang ini paling mertua jaga.  Kata orang tua angkat cerek pun tak boleh. Jalan laju pun tak boleh. Jangan sampai peranakan bergoyang sebab masih lemah. Apetah lagi baring mengiring, risau peranakan akan senget. Sepanjang aku berpantang, aku ada je mengiring sebab menyusukan anak sambil baring. 

Bab memakai bengkung. 

Ini memang aku tak tinggal. awal-awal aku pakai bengkung yang ikat. Dah masuk sebulan aku pakai yg jenis cangkuk je. Sebab dah mula rasa rimas dan leceh pakai yg belit- belit ni. Serius letih. Kalau orang tolong pakaikan takpe. Ni pakai sendiri memang aku tak larat la nak sampaikan 44 hari tu. Korang jangan macam aku pulak. So pakailah bengkung yg lilit 7 meter ke, atau yang ikat tu sampai habis pantang ye.

Ok ini sahaja tips dan ingatan untuk kawan2. Nanti update lagi ye. Salam




0 anak murid kena cubit

Sunday, February 16, 2014

Masalah Breastpump Medela Swing

Salam. Aku minat betul nak share kat korang berkaitan breastpump ni. So sama-sama dapat ilmu. 

Hari ni hari ke 26 aku berpantang. Banyak dugaan, banyak pengalaman dan banyak juga ilmu baru aku dapat. 

Hari ni cerita pasal breastpump Medela Swing aku yang selalu buat hal masa pantang. Air susu yang di pam tu termasuk dalam tiub. Menggelabah tak ingat dah takut-takut pam aku rosak. Dah la mahal membelinya sampai nak keluar biji mata. Tapi aku punya tak la sampai masuk motor pam tu. Air susu masuk kat bahagian tiub.



Cara nak selesaikan masalah : 

1. Offkan secepat mungkin motor pam tu kalau korang dengar bunyi pelik dari pam korang. Korang akan perasan susu yang korang pam tak turun ke botol. Malah dia menuju ke tiub dengan laju. Apa lagi, sepantas kilat korang kena off kan ok.

2. Pastikan dekat tiub tu tiada setitik air pun. Maksudnya bila susu termasuk dalam tiub tu, cepat-cepatlah korang offkan motor. Cabut tiub dan korang tiup tiub tu sampai air susu tu keluar. Renjis-renjis skit tiub tu sampai yakin tiada langsung air.

3. Kalau pam susu, pastikan motor breastpump tu lebih tinggi dari korang. Maksudnya kalau korang pam bersila dekat lantai, letak la breastpump tu dekat atas meja atau pun kerusi. Supaya tiub tu elok je naik ke atas. Jadi angin tak la mudah masuk dan bagi tekanan pada tiub tu. Tak lah rosak nanti.

4.  Andaikata kalau susu dah termasuk dalam motor. Korang on je motor tu tanpa pam. Selama 5-15 minit. 30 minit lebih baik jika susu yg masuk tu banyak. Tujuan on kan motor tu, Biar air dalam motor tu kering. Kan motor tu nanti panas. Mesti susu boleh kering dalam pam masa tu. 

Ok. Ini sahaja perkongsian aku. Kebetulan juga aku tau ni dari baca blog seseorang. So aku try sendiri. Menjadi dan berkesan. Selamat mencuba! 
0 anak murid kena cubit

Saturday, February 8, 2014

Benda penting masa pantang

Salam. Sambung lagi cerita berkaitan hal-hal bersalin, berpantang dan seangkatan dengannya.

Masa sebelum bersalin, aku dah buat research dan sesi temu bual dgn kawan-kawan rapat berkaitan set selepas bersalin, maksudnya barang apa yang wajib ada dan sangat penting masa pantang. 

1. Breastpump

Kenapa penting? Breastpump apa jenis pun yg korang pakai tu tak kisah asalkan ia berfungsi bantu korang keluarkan susu. Bayangkan sekarang banyak kes kuning kat baby, so jalan penyelesaian adalah bagi susu ibu start dia kuar dari perut sampai la 6 minggu kelahiran (tempoh jaundis). Pam banyak2 dan bagi kat baby sejam sekali sampai baby berak dan kencing kuning. 



Aku beli breastpump Medela Swing. Aku tak tau kenapa aku beli brand ni maybe sebab housemate dan kawan2 sekerja semuanya pakai brand medela. So aku banyak tanya diorang. Tak sakit. Susu pam cepat dan tak banyak part korang kena cuci masa basuh breastpump tu.

Alhamdulillah, bagus breastpump ni walaupun mahal. 

2. Param, pilis, tapel, herba mandian, pati ikan haruan

Benda ni semua orang pun tahu. Mesti pakai masa pantang. Tapi aku, aku sempat pakai seminggu je. Sebab lepas pakai param, pilis, tapel dan herba mandian ni badan aku jadi kena ruam, gatal-gatal yang amat. Tak dapat tidur sampai kena bengkak-bengkak merah. Tak memasal masa pantang, aku kena ulang alik pakar kulit semata kes gatal. So sampai habis pantang aku tak pakai langsung. Stok yang ada, aku campak kat tong sampah. 

Semua benda yg aku cakap tu penting sebab bila korang pakai badan korang rasa sangat ringan. Korang jangan sibuk beli yang kena bancuh tu. Korang beli je yang dah siap punya, tinggal sapu macam losyen ok. Mudah dah selamat.

3. Bengkung

Wajib  ada. Elok la beli 2 atau 3 helai sebab nanti pakai boleh ganti-ganti. Tak kan nak pakai sehelai je, bila masa nak basuh bila masa pulak nak pakai kat badan. So siap sedia dari awal. Bengkung tu cari yang selesa, serap peluh, panjang boleh sampai punggung dan boleh support bahagian peranakan. Itu penting. 

Setakat ni je dulu. Next entry nanti aku cerita lagi ok. Teruskan membaca.
0 anak murid kena cubit

Ketika nyawaku dihujung rambut

Salam. 

Alhamdulillah aku masih berada dalam keadaan sihat walafiat. Masih juga dalam tempoh berpantang hari ke 18. Dan, hari ini juga genap 18 hari anak kesayanganku Muhammad Amirul Fawwaz menjengah ke bumi selepas 9 bulan dalam rahimku. Allahuakbar, masih terasa betapa pedih dan sakitnya bersalin itu. Memang ia tak dapat digambarkan. Betul, memang pada waktu itu nyawa dihujung rambut dan hanya Allah sahaja tempat aku bergantung. 

Pertamanya, sakit ketika kerap kali diseluk untuk cek luas  buakaan jalan pd rahim. Keduanya sakit semasa contraction. Ketiga, sakit saat meneran. Keempat, sakit ketika digunting dan dijahit... Semua perkara ni tak pernah aku lupa, kadang-kadang ada masanya air mata menitis sendiri bila terkenang dasyat sakitnya bersalin. 

Walaupun sakit itu bergunung-gunung hingga tak mampu diluahkan. Tapi Apabila melihat bayi yg dilahirkan, rasa hilang semua kesakitan dan kepenatan. 

Saat sakit itu datang : 

Jam 1 pagi sewaktu aku sedang nyenyak dibuai mimpi. Sakit itu datang 5 minit sekali. Sakit menerik-nerik di bahagian rahim. Aku tahankan dulu sampai jam 3.00 pagi baru aku kejutkan suami. Hati ni memang dah menyangka yg aku akan bersalin, aku siapkan diri. Mandi, berwuduk, solat sunat, baca surah Maryam dan aku sempat makan kurma dan minum air zam zam. Jam masa tu dah pukul 4.00 pg. Kami bertolak ke hospital dan aku ditahan wad dgn bukaan jalan 2cm.

Sakit contraction terus menerus sepanjang hampir 1 hari. Sakit tak kira masa, setiap saat. Yang pastinya aku gigit selimut hospital, aku pegang katil hospital sampai menggigil. Badan berpeluh-peluh. Sambil mulut membaca apa yg patut. Sempat juga aku makan kurma nabi sebanyak yg boleh dalam keadaan sakit tu. Maghrib tu jam 7.30 malam aku tak tahan sakit, panggil nurse minta injection tahan sakit. Bukan semakin kurang, malas semakin bertubi-tubi contraction. Aku tak tahan, loceng hospital yg aku genggam tu aku hentakkan kan pada katil. Nurse kelam kabut datang, seluk utk cek jalan dah 9cm. Semua nurse berlari tolak aku perfi labour room. 

Di labour room ingatkan boleh terus bersalin, rupanya doktor suruhtunggu sampai 10cm baru boleh teran. Aku tahan, dan sampai masanya aku pun selamat melahirkan. Sakit digunting, dijahit cuma Allah je tahu. Tapi Alhamdulillah, memang sakit tp lega bila lihat wajah bayi sendiri. Masa tu jam menunjukkan pukul 10.45 malam. Tarikh 21 Januari 2014.


Ini lah anakku yg ku kandung 9 bulan dalam rahim. Semoga anak ini menjadi anak yg soleh, cerdik, penyayang, ceria, berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat. Amin. Mama dan papa sayangkan kamu sepenuh hati wahai muhammad Amirul Fawwaz anakku. 


Muhammad Amirul Fawwaz bin Nairul Aqmal 


0 anak murid kena cubit

Monday, July 8, 2013

3 Bulan Pertama



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kesihatan aku dari hari ke hari semakin sihat. Hari aku menaip ni genaplah 3 bulan dah usia kandungan aku ini. Sepanjang mengandung banyak juga dugaan yang dihadapi termasuklah ragam baby dalam perut ni nak kan makan macam-macam tapi bila makan terus je muntah melambak-lambak. takpe. Kali ni demi baby aku kena redha. :)

Lama rasanya tak menaip. Mungkin sebab makin lama maki hilang masa dan minat untuk berblogging. Tapi sekarang aku cuba juga perbaharui penulisan sekurang-kurangnya seminggu atau sebulan sekali. Kali ini topik ringkas. Cuma aku nak kongsikan perasaan, pengalaman, impian dan harapan aku. Maksud aku, apa yang aku harapkan sepanjang mengandung ni. 


Perasaan


Masa mula-mula dapat tahu ni aku memang langsung tak muntah-muntah. Cuma apa yang aku rasa adalah dari segi pernafasan aku. Semakin banyak aku bercakap, berjalan, bersukan. Badan aku jadi semakin cepat termengah-mengah. Nafas pendek. Lepas pergi cek UPT untuk beberapa hari selepas tu, baru la aku disahkan mengandung 7 minggu. Perasaan berbolak-balik, sedih, takut, terlalu gembira dan benda pertama aku buat adalah sujud syukur atas rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah. 

Niat

Aku cuma ada 1 niat je yang terlintas masa awal-awal mengandung dulu. Aku nak khatamkan Quran dalam tempoh mengandung. Maknanya aku ada lebih kurang 6 bulan lagi. Baru muka surat 136. Aku kena baca sekurang-kurangnya sehari dalam 10 helai baru aku sempat nak habis Quran ni. Harap-harap impian aku tercapai. 

Pemakanan

Semestinya aku akan cuba makan makanan yang berkhasiat. Tapi masalah aku satu je, aku tak suka makan sayur. Jadi, aku dah pun tukar untuk makan buh-buahan dan tambah dengan suplement. Suplement apa aku makan? Shaklee. Ni pun dapat hadiah dari seseorang. Terima kasih kawan! Lagi satu, susu, kurma, kismis dan juga asid folic adalah makanan yang memang wajib dimakan untuk tumbesaran anak yang terbaik. Semua pun tahu asid folic banyak kebaikan antaranya elakkan anak jadi cacat. Dan kurma dan kismis adalah makanan yang bagus untuk perkembangan otak bayi. Selain dari itu, adalah terpulang kepada ibu mengandung lain untuk menggalakkan selera makan masing-masing demia bayi mereka.


Aku ada memetik kata-kata seorang tokoh : 

Menurut seorang pakar Neurosains, Prof. Dr. Haji Azizan Haji Ismail, ibu yang mengandung adalah tidak digalakkan meminum minuman yang berkafein seperti Nescafe atau kopi. Hal ini akan menyebab tumbesaran anak di dalam kandungan terganggu. Makanan yang mengandungi alkohol dan karbohidrat (roti, kentang, gula dan cokelat) juga perlu dielakkan. Makanan berkhasiat seperti telur, ikan, keju, daging dan hati perlu diambil ketika mengandung. Buah-buahan seperti limau, pisang, betik, tembikai, dan sebagainya juga baik untuk dimakan. Minumlah susu sebanyak mungkin kerana ia mempunyai kalsium yang baik untuk anda dan anak anda.



Amalan-amalan


Surah-surah amalan ini adalah bergantung kepada individu masing-masing untuk mereka amalkan. Ada yang baca sedikit demi sedikit. Ada yang baca setiap hari. Ada yang baca sebulan 1 surah. Ia terpulang, yang penting niat dan amalan yang berterusan. InshaaAllah.


Baiklah. Ini sahaja perkongsian aku pada kali ini. Kalau ada masa yang lapang, aku akan cuba perbaharui penulisan aku untuk tatapan pembaca. Penulisan ini adalah bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, aku hanya ingin kongsikan sesuatu pengalaman gembira bersama orang disekeliling. Tiada niat tidak baik. 

Harap kita bertemu di lain penulisan. Amin. 


1 anak murid kena cubit

Friday, April 26, 2013

Cute Oreo Balls Recipe



Hai  everybody... and assalamualaikum :)


Kali ni nak kongsikan satu resipi yang sangatlah ringkas dan best. Tengah-tengah melayan facebook tiba-tiba saya jumpa Resipi Oreo Balls yang sempoii...sesiapa sahaja boleh sangat-sangat nak buat. Hohooo...Maklumlah saya memang pencinta coklat yang tegar...Jadi, ini kalilah!! Hehe... Terima kasih tak terhingga untuk beliau diluar sana yang kongsikan resipi ni. Memang sangat menceriakan hujung minggu saya!! Yeah!! 



Klik gambar untuk membesarkan perut! :P



Ok... semua dah nampak gambar gedabak dekat atas tu kan... Jom kita belajar bagaimana cara untuk buat Oreo Balls yang sangatlah comel ni... 

Hanya menggunakan 3 bahan sahaja, korang boleh sangat buat walaupun malas ok! ajar anak-anak, kakak, adik, emak, abang atau pun suami korang...bagus kan!




EASY UNLESS YOU ARE LAZY!

"These are very addictive & melt in your mouth!!"


Ingredients : 

1 package  Oreo Cookies

1 block cream cheese, softened
1 pack Cooking Chocolate (Hershey's Semi sweet chocolate chips the best)


5 simple steps :
1. Place Oreo Cookies in a bag/blender and smash/blend until it is the consistency of dirt.

2. Mix the softened cream cheese into the smashed oreos.
3. Roll the mixture into balls.
4. Melt chocolate in the microwave.
5. Cover balls in chocolate then leave to set in the fridge


ok, dah siapkan...selamat makan dan selamat mencuba! :)


Categories , 0 anak murid kena cubit

TIPS CANTIK : MYRACLES BEAUTY - SUPER DEALER LEDANG, JOHOR


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga semua baik-baik sahaja. Kali ini saya nak kongsikan dengan pembaca-pembaca sekalian dengan satu produk untuk pemulihan kulit bermasalah. Ops, bukan bermasalah je, produk ni bagus untuk kulit yang sihat. Jadi boleh sama-sama guna, lelaki dan perempuan, dewasa, tua atau kanak-kanak. Sesuai untuk semua jenis kulit... :)

MYRACLES BEAUTY 



Adalah produk yang terhangat di pasaran sekarang.  Setakat ni saya adalah pengguna tegar dan juga Super Dealer Myracles Beauty di Batu Pahat, Johor. Myracles Beauty adalah produk yang dijamin halal dan kandungnnya adalah 100% bahan semulajadi. Ia dirumus sempurna dari Pure Marine Collagen (Rumpai Laut Asli), Ekstrak Buah Delima, pati daun Lidah Buaya dan Sarang Burung Walit. Yang Paling penting sekali ia mengandungi Oksigen Water yang akan  membantu kulit kita menegang dan sekaligus melembutkan dan menaikkan seri wajah kita tanpa perlu menggunakan pelbagai jenis krim, toner, pelembap atau sebagainya. 


KHASIAT MYRACLES BEAUTY : 



TESTIMONI BERJAYA : 





Testimoni dari saya sendiri (Kisah Benar) : 

Saya mengalami masalah kulit sejak sebelum berkahwin. Anggaran dalam 4 tahun. Sewaktu Majlis perkahwinan saya, saya telah menggunakan pelbagai jenis make up yang diuruskan oleh Mak Andam. Oleh sebab saya memiliki kulit yang agak sensitif, muka saya telah menjadi gatal, banyak timbul jerawat bernanah dan kelihatan kemerah-merahan apabila terkena panas. Saya mula rasa terkilan apabila ramai rakan sekerja mula menegur kenapa kulit saya semakin teruk selepas berkahwin. Namun setelah saya diperkenalkan oleh seseorang dengan produk Myracles BEauty ini, kulit saya tidak lagi sensitif dan jerawat bernanah seperti sebelum ini mula mengecut dan muka saya tidak lagi kusam.  

Apa yang boleh saya katakan disi adalah, produk ini ringkas dan fleksibel dimana saya sendiri tidak perlu kemana-mana membawa krim siang, krim malam, toner, pelembap, sunblock, foundation dan sebagainya. Hasil penggunaan saya kini, wajah saya semakin pulih dan tidak lagi sunburn seperti dahulu.


Categories , 0 anak murid kena cubit

Wednesday, February 27, 2013

Pertandingan Bola Jaring Pend. Khas 2013 Daerah Batu Pahat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tarikh  20 Februari 2013 yang lepas, PPKI SK Penghulu Salleh, ada menghantar wakil untuk Pertandingan Bola Jaring. Tahun-tahun lepas pun kitorang ada juga hantar tapi takda rezeki untuk dapat tempat. Tiap-tiap tahun memang confirm balik awal, biasanya dalam pukul 10.00 pagi dah cabut dah. So kali ni agak bersungguh-sungguh jugak kami semua melatih murid-murid Pend. Khas walaupun macam nak hilang sabar sebab mereka betul-betul menguji kesabaran.Murid-murid pulak semua Slow Learner. Memang mengucap panjang jugak bila melatih diorang. Oleh sebab kesabaran tu jugalah, kami buat yang terbaik semasa pertandingan. 



Sebelum pertandingan bermula.  Amboi minum air tak ajak ye.


 
Gambar sebelum bermula pertandingan. peace yo! 



Semangat betul murid menangkap bola. Terbang tinggi-tinggi lagi tu. 




Pihak lawan menjaringkan gol. Nadhilah bersungguh-sungguh menghadang. Bagus.

 



Ok, SK Peserai berusaha untuk menjaringkan bola. Masa ni ni bolos 1 gol. Sadis



Perlawanan diteruskan. Faezah kecil molek beriya-iya nak buat hantaran bola pada rakan.



Alamak! Pihak lawan nak terjatuh! baik-baik nak...huhu


Alhamdulillah. Ini gambar pemain. Comel kan?


 Gambar murid-murid bersama Pengurus Pasukan dan Jurulatih @ Juruletih!




Aku harap sangat kejayaan ni dapat dikekalkan pada tahun depan dan tahun-tahun seterusnya. InsyaAllah. Kalian semua doakan untuk murid-murid Pendidikan Khas ni juga ye. Amin. :)

# yang buat peace tu saya. sekian :)




Categories , 4 anak murid kena cubit

Sunday, February 3, 2013

BUKU PROGRAM HARI RAMAH MESRA DAN MAJLIS PERMUAFAKATAN PEND. KHAS 2013



Assalamualaikum sahabat semua.. Sekian lama menyepikan diri. Walaubagaimanapun saya cuba untuk tampil dengan memberikan beberapa maklumat berkaitan aktiviti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SK Penghulu Salleh.

Nama Program : 
Hari Ramah Mesra & Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas, SK Penghulu Salleh
Tarikh : 
2 Februari 2013 (Sabtu)
Anjuran : 
6 orang guru Pend. Khas, 3 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM), dan 1 orang guru Praktikum J-QAF. (Warga Pend. Khas SK Penghului Salleh)
Kehadiran : 
16/ 26 wakil penjaga murid Pend. Khas


Saya lampirkan Buku Program untuk majlis ini. Kami tidak sediakan kertas kerja kerana ia program wajib bagi setiap tahun. Hanya penyerahan surat sahaja. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan contoh BUKU PROGRAM ini, sila download di bawah post ini. Terima Kasih.






  • Sesiapa berminat untuk dijadikan rujukan. Sila download ye. Doakan saya menjadi guru pendidikan khas yang cemerlang..
  • Gambar sepanjang aktiviti InsyaAllah saya upload paling lewat minggu depan. 
  • terima kasih kerana menyokong blog kecil saya. Sekian.


Categories , , , 1 anak murid kena cubit

Wednesday, December 5, 2012

UNDANGAN KE MAJLIS PERKAHWINAN MASTURA & NAIRUL AQMAL




Assalamualaikum semua pembaca blog sekalian. Sekian lama tak berkesempatan untuk menulis blog disini. terlalu sibuk lebih-lebih lagi majlis perkahwinan saya semakin dekat. Banyak persiapan sehingga tak menang tangan. InsyaAllah lebih kurang dalam 2 minggu dari sekarang. 

Saya menjemput rakan-rakan blogger yang mengenali diri saya dan juga kepada sesiapa sahaja yang pernah membaca blog saya ini untuk hadir ke Majlis Perkahwinan saya. Datang ajak kawan-kawan dan sanak saudara ye. Selain tu juga kepada semua rakan-rakan blog Kami Cikgu Blogger (KCB)



(klik pada gambar untuk tumbesaran yang sihat dan terlampau)


NAMA PENGANTIN : 
MASTURA BT MOHAMAD AMIN & NAIRUL AQMAL BIN A.RAHMAN
ALAMAT : 
KG SRI PAYA SENGKANG BATU 20, 84800 BUKIT GAMBIR, LEDANG, JOHOR
TARIKH : 
22.12.2012 / SABTU


Kediran anda semua akan memeriahkan majlis saya kelak.. InsyaAllah. Kalau nak kad boleh pm facebook saya yang ada di sidebar kanan blog ni ye...kalau boleh dengan kadar segera...  :)

Sebelum terlupa... saya memohon maaf salah dan sialp sepanjang saya berblogging.. Halalkan makan dan minum, terlebih dan terkurang. Harapan saya supaya anda semua dapat hadir dan mendoakan perjalanan majlis saya kelak berjalan dengan selamat, lancar dan diberkati oleh Allah. Amin. :)

# gambar dekat banting tu adalah gambar pre wedding saya. Nanti after wedding saya upload banyak-banyak gambar untuk anda semua. :)


Ikhlas Mengundang : Cik Mas 

Categories , , , , 5 anak murid kena cubit

Saturday, August 4, 2012

Bride 2 Be : Checklist




Assalamualaikum. Salam sejahtera. dan salam Ramadhan. Wah tak sangka betul dan hari ke 15 menyambut ramadhan. Bermakna ada lagi 2 minggu untuk Aidilfitri. Harap pembaca dah mula buat persiapan raya dengan sebaik mungkin.

Teruskan pada topik aku kali ni. Aku cuma nak buat peringatan untuk diri aku sendiri berkaitan budget perkahwinan. Walaupun lambat lagi. Tapi aku dan kena pulun macam-macam sebab menguruskan perlahan-lahan.




  • Pakej Andaman : RM 2000 (Baki RM 1350)
  • Persalinan nikah : RM 450 (upah) + RM 85 (Kain) + RM 85 (Shawl) = RM 620 - SELESAI
  • Pakej Photography : RM 1+++ (Kedua-dua belah pihak)
  • Goodies Bag (2000 pcs) :
    •     Brown Paper Bag : RM 3.30 x 20 peket : RM 66.00 - SELESAI
    •     Doily Paper : RM 4.00 x 8 bungkus : RM 32.00 - SELESAI
    •     Riben : RM 2.50 x 3 : RM 7.50 - SELESAI
    •     Cop + Stamp pad : RM 20 + RM 4.00 = RM 24.00 BELUM BELI
    •     Lidi Satey : (Bahan terpakai)
    •     Bunga telur BELUM BELI
  • Langsir : RM 900 ( 1 rumah ) - SELESAI
  • Baju keluarga : Perermpuan (RM 200.00) + Tshirt Lelaki (RM 150) BELUM BELI
  • Hantaran Lelaki : Beg, Handphone, Belt+Wallet, Jam tangan, Cincin, Kemeja+ tie, Kek, Bunga Pahar
  • Hantaran Perempuan : Handbag+ Purse, Perfume, Handphone, Jam tangan, Cincin, Kek, Cosmetic Set
  • Persembahan : Zapin, Pancaragam, Kompang (Abang yang selesaikan) -  BELUM TEMPAH
  • Kanopi -BELUM TEMPAH
  • Pengurusan alatan masakan utk kenduri dan Upah Masak : Mak ayah yang selesaikan
  • Kad kahwin : 2000 pcs + 2 bunting (2 belah pihak) = RM 640 -SELESAI
  • Belon Pintu gerbang besar, Hiasan kereta pengantin - BELUM TEMPAH



Setakat ni sahaja yang aku dah cuba senaraikan. Mungkin ada yang tertinggal sikit-sikit.  InsyaAllah ada masa aku review satu persatu. Sekian. Babai.. :)

Nota Kaki : Hanya tinggal 140 hari sahaja lagi. Semoga segalanya berjalan lancar.. Amin



Categories , , , 1 anak murid kena cubit

Saturday, July 21, 2012

Bride 2 Be: Pakej Perkahwinan Booked!



Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulillah semalam 21.7.2012 aku dan tunang dah pun selesaikan tentang pekej perkahwinan untuk majlis kami nanti pada 22.12.2012. Kami pergi 2 butik di sekitar Bukit Gambir, Muar. Butik pertama Butik Andaman Pengantin Remaja. Butik ni memang murah, pakej paling mahal yang ada baru RM2000. Baju pun sangat cantik dan design terbaru. Mula-mula kami lega, sebab pakej yang kami nak tu harganya RM 1700. Bila kira-kira balik, pelamin yang disediakan utk pakej tu sangat simple. Alahai. Terus kitorang rasa down sangat. Cerita punya cerita, sekali tengok kalender diorang, tarikh wedding kami tu dah penuh. Apa lagi dengan hampanya kami pun keluar la dari butik tu. 


Tak jauh dari Butik yang kami pergi tu, ada lagi satu butik baru buka. Kami cuba nasib. Nama butik tu Pesona Pengantin. Pekerja yang melayan kami tu nyah sebenarnya. Tapi sangat mesra dan boleh bertimbang rasa. Harga asal adalah RM2300, dan harga yang kami dapat RM2000. Dan itulah budget kami dan itu je kami mampu. Nasib baik dia jenis yang peramah. Kebetulan tarikh wedding kami masih kosong lagi. So, terus kami booked.

Pakej yang kami dapat dengan harga RM2000 ialah :  
Set Pelamin (kami request designnya, tapi 1 panel je lah)
Hiasan Main table
Hiasan Bilik tidur
1 set persalinan bersanding
Full Aksesori pengantin (semua barang termasuk yang digunakan sepanjang majlis)
Make up 2 kali
Pintu gerbang


Korang rasa macam mana. Ok ke tidak? Huhu. Kalau tak ok pun, terpaksa juga ok kan. Sebab butik lain lebih mahal dan kebanyakannya dan full utk tarikh wedding kami.. Sedih sebab baru bulan 7, wedding bulan 12 kebanyakkan nya dah full. Kitorang lewat sangat ke. huhu.





Ini adalah contoh design pelamin yang aku dan tunang aku request pada Butik Pesona Pengantin. Ronny kata pada kami yang dia akan buat pelamin ni 95% sama macam dalam gambar ni. Lega bila dengar. Harap2 berbaloi dengan apa yang kami bayar. 


Doakan wedding kami pada 22.12.2012 nanti berjalan dengan lancar ye. InsyaAllah. Amin :)



Categories , , 14 anak murid kena cubit

Saturday, July 14, 2012

Hari Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat


Assalamualaikum :)


Murid yang terlibat dengan Nyanyain solo. Nadhilah, Fadhil dan Azrin. 


Menu : Mee Bandung Muar yang dimasak oleh Hakim dan Amirull



Murid-murid yang mendapat kemenangan



Cikgu Mastura bersama anak-anak murid yang terlibat.



Syariffah dan Rahman selepas selesai membuat gubahan



Pada hari Rabu dan Khamis iaitu 11 dan 12 Julai 2012 yang lepas telah berlangsung Hari Pendidikan Khas peringkat Daerah Batu Pahat di Dewan Jubli Intan.

Kami telah menghantar 10 penyertaan iaitu nyanyian,gubahan,mewarna serta masakan. Kategori yg diadakan ialah nyanyian solo lelaki,perempuan, dan juga nyanyian solo Down Syndrome. Pertandingan masakan juga diadakan. Menu yg disediakan oleh peserta dari PPKI Sk Penghulu Salleh ialah mee bandung muar. Memang sedap. Tak sangka anak murid yg istimewa ni mampu memasak dengan sempurna.

Selain tu juga PPKI SK Penghulu Salleh ada menghantar murid utk sertai pertandingan gubahan. 2 orang murid telah bertungkus lumus membuat gubahan menggunakan sejadah.

Kejayaan yg kami kecapi sepanjang hari pendidikan khas ini ialah peserta nyanyian solo perempuan telah mendapat tempat ke 2 manakala 3 orang peserta yg terlibat dalam pertandingan mewarna telah mendapat tempat ke 2 dan ke 3. Alhamdulillah. Kejayaan demi kejayaan yg dikecapi hasil titik peluh anak murid kesayangan dan guru-guru pembimbing.

Semoga kejayaan ini akan berterusan dari semasa ke semasa. Anak istimewa tanggungjawab bersama. :)
6 anak murid kena cubit

Wednesday, June 27, 2012

KERTAS KERJA REKREASI KE TASIK Y, BATU PAHAT.





Assalamualaikum, buat rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar yang memerlukan contoh kertas kerja untuk aktiviti rekreasi yang hendak di anjurkan di sekolah (Pendidikan Khas). Boleh ambil di blog ini ya. Sebelum itu, ada beberapa kertas kerja adalah dari Program Pendidikan Khas Integrasi SK Penghulu Salleh. Sama-samalah kita berkongsi ilmu. Tinggalkan komen jika ada sebarang ketidakpuashatian dan cadangan penambahbaikan. Jangan lupa LIKE fanpage saya di sidebar blog. Terima kasih dan salam pendidik...  :)




1 anak murid kena cubit

Sunday, June 24, 2012

Kehidupan sebagai guru itu bahagia dan mulia.





Assalamualaikum. Sekian lama saya tak memperbaharui penulisan di blog kecil saya ini. Rasanyanya cukup 4 bulan dah. Maaf kepada pembaca yang sering meluangkan masa di blog saya ini. Saya menyedari jika kita meninggalkan blog tanpa memperbaharui penulisan, ia akan menyebabkan pembaca kita semakin 'jauh' dengan 'penulis'nya. Itu tak mengapa, sebab saya berharap pembaca saya ikhlas dalam apa jua jenis penulisan saya. 

Minggu lepas, saya sempat berbual dengan Guru Besar saya. Beliau memberikan galakan dan dorongan kepada saya untuk meneruskan penulisan di blog ini. Saya tak lah sehebat mana, apa salahnya saya dengan sedikit dorongan dari Guru besar saya, saya cuba pertingkatkan diri kearah menjadi guru yang ikhlas menyebar ilmu bukan sahaja di sekolah, malah kepada warga pembaca blog.

Kita teruskan kepada topik utama kita iaitu Kelemahan diri. Setiap guru seperti saya memang tidak dinafikan banyak kekurangan dan kelemahan. Begitu juga orang lain. Dengan penempatan pertama saya di SK Penghulu Salleh, Batu Pahat membuatkan saya semakin kuat, semakin gembira untuk terus menjadi pendidik. 




Manusia ada kelemahan dan anggaplah setiap kelemahan dalam diri itu sebagai 'guru' yang membuatkan kita semakin matang dalam hidup. Kelemahan dan kelebihan yang Allah ciptakan untuk kita pasti ada hikmahnya dan kita patut bersyukur. Manusia yang tidak bersyukur dengan kelemahan dan kelebihan diri itu boleh dikategorikan manusia yang tidak berguna. 

Saya tidak malu untuk mengaku kelemahan diri saya. Saya juga tidak malu memohon maaf, ucapan sayang dan mengucapkan terima kasih kepada anak murid saya jika saya melakukan kesilapan. Pernah suatu masa tu, saya dimalukan oleh sekumpulan murid di sekolah rendah, rasa ingin lari dan menangis kerana maruah saya sebagai guru tercalar, tetapi dengan kekuatan hati serta pujukan oleh murid-murid istimewa dibawah didikan saya, mereka buat saya semakin sejuk dan semakin kuat dalam hidup.

Sepanjang pengalaman saya bergelar guru, saya lebih selesa bersama kanak-kanak istimewa berbanding kanak-kanak normal, kerana mungkin itu sudah bidang saya. Tetapi bagi saya mereka adalah kanak-kanak yang menggembirakan dan langsung tidak menyusahkan saya. Kanak-kanak istimewa banyak kelemahan dalam diri. Saya juga begitu, apa salahnya kami bertolak ansur dengan kelemahan masing-masing dan hubungan kami semakin rapat amtara satu sama lain. itu kunci hidup saya kerana saya sayang kanak-kanak istimewa hampir separuh nyawa saya. 

Semoga penulisan ringkas ini dapat memberikan semangat kepada rakan-rakan guru yang lain. InsayAllah saya akan sentiasa memperbaharui penulisan saya ini dari semasa ke semasa. Doakan saya ya. 




Categories , , 1 anak murid kena cubit

Saturday, February 25, 2012

Bride 2 Be : Photographer Pilihan





Assalamualaikum. minggu lepas saya sempat perbaharui penulisan, itu pun sedikit sebanyak pasal perangcangan untuk My Big Day kelak. Kali ini saya nak review beberapa Wedding Photorgaphy yang pada pandangan saya, mereka sangat-sangatlah berkeliber, hasil tangan dan bayaran yang dikenakan berbaloi dengan usaha keras mereka.


1. AliceShah Studio

Saya sempat singgah di booth mereka pada 19 Februari di Square One, masa tu ada Pameran Pengantin di Batu Pahat. Layanan sangat istimewa, mereka peramah, tidak letih melayan sebarang pertanyaan dan kerenah pelanggan. Kalau tak silap saya AliceShah Studio terletak di Jalan Bakri, Muar, Johor. Secara jujurnya pekej yang disediakan sangat-sangat berbaloi.

Kelebihan AliceShah Studio :
  • Memiliki Studio sendiri di Muar (Kalau Photoshoot Outdoor masa tu cuaca tak berapa mengizinkan, mereka lgantikan dengan photoshoot dalam studio)
  • Boleh bayar ansuran setiap bulan sehingga cukup harga pekej
  • Gambar yang berkualiti, cantik, kemas dan editting yang sangat memukau
  • Boleh pilih pelbagai jenis kulit untuk Beg Album. Pilihan yang sangat menarik dan cantik.



2. BONK PRODUCTION

Team BONK Production adalah dari kalangan guru-guru. Saya kenal mereka semasa mereka menuntut bersama-sama di Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu. Kiranya mereka adalah bach sama dengan saya. So, selalu terserempak team ni bila diorang bergerak untuk projek vediogeaphy diorang. Hasil kerja diorang pun sangat-sangatlah bagus dan kreatif.

Kelebihan BONK PRODUCTION :
  • Boleh request Video sepanjang majlis
  • Gambar yang cantik, kemas dan menarik
  • Harga yang berpatutan dengan pekej yang disediakan




3. BLINDGRAPHIQUE STUDIO

Terletak di Shah Alam. Saya sempat bersembang dengan Bro Zafriq semasa di Muar. Masa tu terserempak masa wedding rakannya di Bukit Gambir. Bro Zafiq memang profesional orangnya. Team ni ada banyak kategori.
  • Principal (Bro Zarfiq yang shoot sendiri)
  • Senior
  • Junior
Setiap kategori harga nya berbeza dan hasil tangan nya pun sangat berbeza. Yang paling kaw-kaw punya shoot adalah dari Principal iaitu Bro Zafriq. Kalau tak silap saya, bro Zafriq adalah salah seorang Photographer semasa AJL tahun 2011. Boleh tengok facebook diorang untuk maklumat lanjut.

Apa yang menarik tentang diorang ialah pekej mereka yang unik :-
  • Pekej diorang boleh pilih nak iPad atau Samsung Galaxy Tab, semua gambar perkahwinan korang akan di masukkan dalam iPad atau Galaxy tab dan dibuat dalam bentuk movie.
  • boleh request nak buat vedio Save The Date untuk tayangan sepanjang majlis. Diorang akan buat vedio dan akan tanyangkan sepanjang majlis korang, means tetamu datang sambil makan and boleh tengok vedio percintaan pengantin
  • Pekej sangat berbaloi kerana bro zafiq sangat-sangat profesional dan kreatif.
  • Bro Zafiq shoot gambar guna camera nya dan terus save dalam simpanannya tanpa sebarang edit. Sebab gambarnya memang sangat cantik.



4. MUSARTWORK DIGITAL PHOTOGRAPHY

Bro Mus ini adalah senior saya di IPG KKB dulu. Hasil tangan beliau pun memang puas hati. Kalau yang bakal pengantin yang inginkan hasil cun dari bro Mus boleh hubungi beliau. Kalau tak silap bro Mus duduk di Temerloh. Yang di Temerloh boleh la request jika berminat. Yang duduk tempat lain pun apa salahnya jika inginkan yang terbaik untuk majlis anda nanti.


********************

Pilihlah Photographer yang terbaik buat anda semua, mudah berunding dan mampu memberikan kepuasan maksima untuk kenangan Majlis Perkahwinan anda. Dismaping itu jangan lupa bajet anda. Jangan sampai yang lain pula tergendala. Mungkin banyak lagi fotografer yang lebih baik dari apa yang saya nyatakan. Terpulang pada masing-masing. Bagi saya, mereka ini adalah yang terbaik dan insyaAllah salah satunya akan jadi Fotografer untuk Majlis Perkahwinan saya nanti. InsyaAllah.
Categories 4 anak murid kena cubit

Friday, February 17, 2012

Bride 2 Be : Cadangan Persalinan Nikah



Assalamualaikum.

Berita gembira untuk rakan-rakan pembaca. InsyaAllah lebih kurang 10 bulan lagi dari tarikh perkahwinan saya. Dalam bulan Disember 2012. Selepas kad perkahwinan siap selepas raya nanti, saya akan jemput rakan-rakan blogger ya. Walaupun lama lagi, saya harus membuat persiapan secara perlahan-lahan agar tidak terlalu tertekan bila tiba harinya perkahwinannya nanti. Pada saya, 10 bulan bukan 1 masa yang lama, pejam celik- pejam celik dah sampai tarikhnya.

Oleh yang demikian kat sini saya senaraikan beberapa persediaan perkahwinan saya kelak. Antaranya ialah Persalinan Nikah. Harap-harap perkara ni sedikit sebanyak membantu diri saya dan Bride to Be yang lain juga. :)

  • Persalinan Pernikahan
Saya dah beli kain satin berwarna white pearl dekat Tangkak (4.5 meter). Saya ni tinggi jadinya memerlukan kain lebih untuk cover mana-mana bahagian yang tak cukup. Kain Lace saya beli di tempat yang sama, warna Kelabu Silver Blink-blink, dalam 2.5 meter. Saya beli lebih jugak sebab konon-konon takut tak cukup dan malas nak ke Tangkak untuk beli yang lain. Untuk Tahun 2011 kalau tak silap saya, jenis kain yang terkenal ialah bunga lacenya 2D. Timbul-timbul dan nampak macam lebih cantik. So, masa saya beli lace tu, agak mahal sebab baru sampai je designnya. Itu tak apa, yang penting puas hati.

Untuk cadangan Baju Nikah nanti saya pilih design dari Blog Aliaa Farhana. Saya sangan minat baju jenis design macam ni. Lihat gambar dibawah.



Close Up Baju Nikah warna pink




Yang ini adalah gambar penuh designnya. Memang sangat Cantik




Ia nampak lebih sweet dan cantik sebab warna pink kan? Saya punya kain nikah warna putih. So tak tahulah ok ke tak dengan designnya. InsyaAllah saya akan pergi cari tailor yang sanggup buat baju macam ni dengan cantik dan kemas.

Ok, InsyaAllah next time saya akan review pasal Veil nikah dan Photographer pilihan saya ya. Bubye! :)



Nota Hujung :

  • Tak sangka pula umur 24 dah nak kahwin. Awal betul ya.. :(

Categories 7 anak murid kena cubit

Sebulan sudah berkhidmat sebagai guru. Alhamdulillah

Assalamualaikum semua. Sihatkah?

Rasa lama benar tidak menjenguk blog dan tidak menulis. Hari ini genap sebulan saya sudah berkhidmat di SK Penghulu Salleh, Batu Pahat. Suasana sekolah yang kondusif, warga sekolah yang peramah dan mesra, dan murid-muridnya yang betul-betul beradab. Ikhlas dari hati saya yang sepanjang saya pernah berpraktikum tahun-tahun lepas semasa di IPG, saya pernah berpraktikum di sekolah yang seakan-akan sekolah SK Penghulu Salleh. Alhamdulillah, pengalaman lepas dah membantu saya untuk saya berkhidmat dengan lebih baik. Terima kasih juga kepada warga SK Penghulu Salleh.

Seminggu pertama, saya rasa seperti terawang-awang. Seolah-olah tak tahu apa yang nak mengajar, otak kosong, bingung. Saya rasa macam tak belajar apa di IPG. Tapi sekarang dah sebulan di SK Penghulu Selleh, sedikit sebanyak saya dah boleh sesuaikan diri, banyak perkara baru, tanggungjawab dan pengetahuan baru dapat dipertingkatkan. Saya juga dah boleh tahu tahap kognitif murid Pendidikan Khas di bawah didikan saya. Semua dengan izin dan bantuan dari-Nya juga. Syukur.

Semoga saya dapat berkhidmat dengan lebih baik dari hari ke hari. Doakan saya ya. :)


Nota hujung :

  • Kepada adik-adik yang bakal bergelar guru pada tahun depan dan tahun-tahun seterusnya, saya hanya nak berpesan sesuatu. Setidakbaik dan setidakcemerlangnya anda di IPG, tidak semestinya anda akan tidak cemerlang di sekolah. Maksud saya, jangan mudah berputus asa, jangan fikir anda tidak boleh menyesuaikan diri di sekolah. Anda kena yakin dengan diri, dan buat perubahan dan anjakan paradigma. Saya yakin yang personaliti anda akan berbeza selepas anda bergelar guru sebenar kelak. Bimbinglah anak bangsa kita sebaik mungkin. :)



Categories 4 anak murid kena cubit

Saturday, January 14, 2012

Mula Bertugas pada 16/1/2012



Allah menentukan tempat terbaik utk ku. Dan Dia tahu kemampuan, limpahan rezeki dan dugaan yang boleh ditanggung oleh aku sepanjang hayat ini. Alhamdulillah..1 jam 30 minit dari rumah, 3 jam dari Encik Nairul.. Saya sangat bersyukur dapat berkhidmat di Batu Pahat. Semoga di SK Penghulu Salleh ini menjadi sumber rezeki yang melimpah ruah kepada saya, keluarga dan tunang. InsyaAllah.

16 Januari 2012 saya akan lapor diri di PPD Batu Pahat jam 8.00 pagi. Selesai taklimat, saya akan bergerak ke sekolah dimana saya ditempatkan. Semoga saya menjadi Guru Pendidikan Khas yang bertanggungjawab dan mampu membangunkan murid PK ke peringkat lebih tinggi.








Nota hujung :
  • Selamat bertugas kepada semua rakan-rakan PISMP 2008-2011, akhirnya dapat ditugaskan mengikut tempat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. Semoga sama-sama menjadi Bakal pendidik yang cemerlang

5 anak murid kena cubit

Thursday, December 22, 2011

KEPUTUSAN KURSUS INDUKSI (KISSM)





Assalamualaikum. Dalam entry INI saya ada beritahu tentang Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) yang saya hadiri pada bulan november lepas. Alhamdulillah, keputusannya saya LULUS.


klik gambar untuk tumbesaran


Keputusan Peperiksaan terkumpul juga baik seperti yang saya harapkan. Walaupun bukan Ijazah kelas pertama, hanya Ijazah kelas 2 Atas, saya tetap bersyukur dengan keputusan yang saya dapat. CGPA keseluruhan sepanjang 8 semester di IPG ialah 3.68. Syukur walaupun tak tinggi sangat macam kawan-kawan lain. sebab saya tau untuk memperolehi 3.75 untuk CGPA terkumpul memang sangat sukar. Untuk adik-adik kena berusaha dengan gigih ya. InsyaAllah sama-sama berjaya. Apapun yang berlaku keputusan ini hanyalah di atas kertas, yang penting adalah pengalaman dan pembawaan diri semasa di tempatkan di sekolah kelak.\

Ni adalah pengekelasan Ijazah di IPG :

  1. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Pertama; 3.80 - 4.00.
  2. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Kedua Tinggi; 3.60 - 3.79.
  3. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Kedua Rendah; 3.00 - 3.59
  4. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Ketiga; 2.00 - 2.59.
  5. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Tiada Kelas Langsung; 0.00 - 1.59.


Cerita pasal penempatan, saya masih belum menerima apa-apa berita. Cuma ada rakan saya telah cuba Twitter Dato Dr Ir Wee Ka Siong, InsyaAllah nama akan dikeluarkan dalam 2 minggu dari sekarang. Harap perkhabaran ini benar. Amin.



Nota Hujung :
  • KISSM dah lulus, hanya tunggu keputusan temuduga SPP dan posting. Harap2 berita mengembirakan. Amin.


Categories 8 anak murid kena cubit
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas