Friday, October 28, 2011

KPLI vs PISMP





Assalamualaikum. Kemunculan setelah lama menyepi. Banyak perkara perlu diselesaikan melibatkan hubungan dan kebahagiaan hidup. Moga mendapat keberkatan.

Sebelum meneruskan pembacaan di ruangan ini, anda diminta membaca satu blog luahan perasaan dari salah seorang guru pelatih KPLI. Terima kasih atas perkongsian saudari.




Sudah baca? Alhamdulillah. Disini saya tiada langsung niat apa-apa cuma mungkin sekadar perkongsian ilmu dan luahan perasaan seperti individu di atas. Saya guru pelatih PISMP Sem 8 dan bakal menamatkan pembelajaran saya di IPG Kampus Kota Bharu. Saya juga jelas dan faham saudari tersebut juga belajar di IPG dan mengikuti KPLI.


Alhamdulillah kita semua tidak kira PISMP mahupun KPLI masing-masing diterima dan diberi peluang untuk berada di IPG dan masing-masing bakal bergelar seorang pendidik masa hadapan.


Apa yang saya ingin perjelaskan disini adalah pihak IPG dimana-mana kampus pun tidak pernah memanjakan atau bias dalam mengurus guru-guru pelatih sama ada PISMP mahupun KLPI. Semua dilayan sama rata, tiada diskriminasi dan tiada juga keistimewaan. Ini yang saya faham dari penjelasan mana-mana pensyarah. Semua mendapat hak yang sama misalnya :


Elaun : Semua guru pelatih menerima elaun, sedikit atau banyak itu bergantung kepada jangkamasa yang kerajaan telah tetapkan untuk seseorang guru pelatih berada di IPG. Misalnya KLPI jangka masa singkat dan elaun yang diterima tinggi dan berbaloi dengan penat lelah mereka menghabiskan pengajian dalam tempoh yang singkat. dan jika PISMP menuntut 5 tahun setengah / 6 tahun, elaun yang diberi sederhana dan berpadanan dengan jangkamasa pengajiannya. Disini jelas tiada langsung kemanjaan di sebelah pihak dan masing-masing menerima imbuhan. Banyak atau sedikit bukan perkiraannya, dan sekarang kita masing-masing perlu bersyukur pada Allah kerana terpilih untuk berada di IPG berbanding pihak lain yang tidak berpeluang.


Semua guru pelatih mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tidak kira keluaran KPLI mahupun PISMP. berbezanya adalah dari cara kerja yang ditampilkan di kampus dan sewaktu praktikum. Pengalaman saya, saya pernah berjumpa KPLI yang sangat bagus dan komited dan tidak dinafikan ada saya dapat aduan dari pihak sekolah KPLI ini teruk. Begitu juga PISMP, yang baik dan cemerlang memang ada dan yang teruk juga pun ada. Ini pengalamn yang saya hadapi sendiri sepanjang 5 tahun setengah saya menuntut di IPG dan menjalani praktikum. Perkara ini memberikan pengalaman mendalam dalam hidup saya. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan berdasarkan pengalamn yang dihadapi.


Jelas disini kita sama-sama tidak perlulah menyalahkan ataupun mengaianyai perasaan orang lain dengan kata-kata kita yang kasar. Sebaik-baiknya kita sama-samalah memberi sokongan kerana kita akan menjadi pendidik kepada anak murid kita. Jangan mudah ambil pusing dengan perasaan angkuh yang dibelai syaitan, sememangnya dia laknat dan suka memecah belahkan hati manusia. Apapun disini saya yakin semua guru keluaran PISMP atau KPLI masing-masingnya mempunyai nasib, rezeki dan kekuatan diri yang tersendiri. Atas diri individu itu sendiri untuk membuktikan sama ada mereka keluaran KPLI atau PISMP yang cemerlang. Tonjolkan yang postitif dihadapan mata masyarakat dan janganlah mencalarkan profesion perguruan atas faktor dan isu yang kecil. Ketepikan hal-hal yang tidak mendatangkan faedah, sebaiknya mantapkan diri kita dengan ilmu supaya kelak kita dapat mendidik anak murid dengan ilmu yang bermanfaat.

Kami guru pelatih PISMP sentiasa menghormati senior KPLI dan kami juga berharap senior KPLI juga menghormati kami sebagai guru pelatih PISMP.


Mohon Maaf jika tersilap kata atau bicara. Semoga kita sama-sama menjadi pendidik keluaran IPG yang berkualiti mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh KPM sekaligus menghayati Etika Penjawat Awam serta mengintegritikan diri dengan ikhlas semasa menjalankan ibadah mendidik.


Semua guru KPLI dan PISMP adalah guru yang berkualiti dan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. InsyaAllah.


Tips Guru disayangi murid






Nota Penghujung : Apa yang berlaku dalam diri kita pada hari ini adalah dari pengalaman lampau yang sedikit sebanyak mengajar kita erti kehidupan.


8 anak murid kena cubit:

TecerWidad on 9:15 AM, October 28, 2011 said... BALAS

Saya product DPLI dan masa di sekolah lama selalu jadi bahan cikgu-cikgu senior padahal macamlah yang mengata tu bagus sangat.

Semua sama sahaja. Ada lebih, ada kurang. Tak payah nak condemn orang lain. Kita bukannya nabi nak bajet perfect maksum sangat.

Eh eh, teremo. Mintak maap noooo

cik mas on 5:56 PM, October 28, 2011 said... BALAS

@h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r

biasa lah kan manusia. jadinya kita kena lah terima dan buktikan kita lebih baik dr apa dlm persepsi mereka.. mengajar di mana?

mr sap on 8:49 PM, October 28, 2011 said... BALAS

@h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r

teremo? lol..

MerLe on 11:29 PM, October 30, 2011 said... BALAS

tak kisah apa pun program kita ms bljr, di sekolah kita tetap juga akan dipanggil guru, cikgu, teacher, ustaz, ustazah, sir atau madam...berusaha jd guru yg terbaik untuk anak murid..tu yg terbaik..hal lain tolak tepi...

ijatnuar87 on 8:10 AM, November 01, 2011 said... BALAS

kalu kite menghormati, kita akan dihormati...jadi senang jek...

Cik Ifti on 4:41 PM, May 06, 2013 said... BALAS

salam, cikgu. ceritakanlah pengalaman temuduga pismp ..

Cik Ifti on 4:43 PM, May 06, 2013 said... BALAS

salam, cikgu. ceritakanlah pengalaman temuduga pismp ..

zarim on 8:30 PM, December 24, 2013 said... BALAS

bila dah posting baru kita nampak yang mana boleh wat keje, yg mana xleh wat keje.. siapa yang eksyen dan siapa yang mengangguk je.

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas