Friday, November 4, 2011

PEPERIKSAAN AKHIR SEM 8. DOAKAN SAYA.



Assalmualaikum. Salam pertemuan kembali. Semoga rakan-rakan blogger dan pembaca sihat walafiat hendak-Nya.


Seperti biasa, rutin seorang guru pelatih seperti saya ini, akan berdepan dengan peperiksaan akhir semester. Bagi saya, peperiksaan bagi semeser ini adalah peperiksaan yang terakhir sepanjang saya berada di IPG Kampus Kota Bharu. InsyaAllah saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan sekaligus mampu menggulung ijazah pada Majlis Konvokesyen tahun hadapan.


Klik gambar untuk tumbesaran yang lebih sihat


Kesemuanya adalah sebanyak 3 subjek yang akan saya duduki semasa peperiksaan kali ini. Semoga saya dapat menjawab soalan dengan tenang dan betul. InsyaAllah. Amin.

Selesai peperiksaan pula saya mungkin terlalu sibuk dengan menguruskan hal-hal mengemas rumah sewa ini, pos barang, pos motor dan sebagainya. sebabnya, saya tak akan datang ke kelantan lagi selepas ini. oleh kerana terlalu sibuk nanti, Jadinya saya terpaksa meninggalkan blog ini kemungkinan dalam masa 2 minggu untuk lebih fokus dengan pengurusan hidup. Maaf kepada semua. Dan InsyaAllah kedatangan penulisan yang terbaru nanti pasti ada berita gembira buat anda semua.


Jaga diri, jaga hati dan jaga akal. Semoga kalian semua berada dalam keadaan selesa dan gembira.

Assalamualaikum.


Categories

4 anak murid kena cubit:

TecerWidad on 7:49 AM, November 05, 2011 said... BALAS

Wishing you best of luck!

MerLe on 10:40 PM, November 06, 2011 said... BALAS

sama la kite...tapi tade study lagi..hehe

gud luck~

Unknown on 9:01 AM, November 10, 2011 said... BALAS

GOOD LUCK kak..
tadi nmpak akak2 sem 8 on the way nak g jawab exam guru dan cbrn semasa..
akak pun doakan fiw gak yer..
Amin..
:)

Unknown on 9:01 AM, November 10, 2011 said... BALAS

kak, sorry sebab lama tak jenguk blog akak.. ner ada sombong..tak bek tau.. :)

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas