- Nama : Mastura binti Mohamad Amin
- Tajuk Kajian : "Saya Lihat, Saya Ingat, Cikgu!"
- Tempat : Bilik 2, Wisma Al-Hikmah, Pusat Dakwah Islamiah, Kota Bharu, Kelantan
- Tarikh & Hari : 28 Sept 2011 - Rabu
- Masa : 9.00- 10.00 Pagi
- Nama Penilai : Hj Rusli bin Mahmood, Cik Siti Fatimah bt Salleh
Thursday, September 29, 2011
#Kenangan : Pembentangan Penyelidikan Tindakan
Saturday, September 17, 2011
First GiveAway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia


atau
Domain setahun tajaan Tengku Nizam
Tarikh tutup ialah pada 28 September 2011Keputusan akan diumumkan pada selewat2 nya 8 Oktober 2011..
Hadiah cukup lumayan kan ?
Cepat join semua !
Wednesday, September 14, 2011
Kehidupan itu ibarat bulu ayam yang berterbangan

Kehidupan itu ibarat bulu ayam yang berterbangan. Jika ia terbang mengikut pusaran tiupan kencang yang hebat, akan pergi lah ia ke tempat yang tak terjangkau jauhnya dan menjadi helaian yang menakjubkan. Jika ia terbang melayang sendirian dengan angin tak berperasaan, akan jadilah ia diri sendiri mati tak dipedulikan. beku lagi kaku.
- Niat - Niat melakukan sesuatu perkara itu perlulah ada di landasan yang betul. Cuba muhasabah diri, perhatikan setiap kejadian dan perkara yang berlaku hingga kini adalah hasil dari tangan Allah. Justeru itu, kita sebagai hamba perlulah niat meneruskan kehidupan di muka bumi ini untuk mengabdikan diri kerana Allah. Jika seseorang cikgu itu hadir ke sekolah untuk mengajar. Niatkan ilmu yang diberi kepada murid itu ikhlas kerana Allah. InsyaAllah setiap perkara itu mendapat keberkatan. Niat sangat penting kerana ia seolah-olah membentuk 'mind set' kita.
- Perancangan - Untuk mencapai tujuan hidup, ia sememangnya memerlukan perancangan. Ia tidak akan sesekali berlaku dengan sendirinya. Senaraikan tujuan hidup yang ingin dicapai oleh anda. Ini adalah untuk memudahkan anda mengesan samaada anda sedang berada di landasan untuk mencapai satu-satu tujuan itu ataupun tidak.
- Berusaha keras - Untuk mencapai tujuan hidup, anda sepatutnya mempunyai penanda aras sebagai panduan halatuju anda. Hanya tetapkan penanda aras yang minumum sahaja. Tetapi dalam masa yang sama anda perlu berusaha keras untuk mencapai yang lebih baik dari apa yang telah dihadkan. Sebagai contoh, untuk bulan ini anda ingin menyimpan rm100. Tetapi sekiranya dalam bulan tersebut anda mampu untuk menyimpan rm110 adalah lebih baik.
- Jangan sesekali berhenti - Apabila anda sudah mencapai satu-satu tujuan didalam hidup anda, jangan sesekali berhenti. Cuba untuk mencapai tujuan yang lebih baik pula. Ia adalah kerana anda sebenarnya adalah lebih baik daripada apa yang anda sendiri fikirkan.
- Takut kepada Allah - Salah satu cara mencapai kehidupan yang bahagia dan tenang adalah dengan takut kepada Allah. Kita hendaklah yakin dan takut kerana setiap pergerakan kerja kita adalah dipantau oleh Allah SWT. Kerana Allah itu maha mengetahui segala-galanya.

Monday, September 12, 2011
#Kenangan : Semalam bersama blogger Cheno dan Cikgu Blogger
- chenonet dan Adeeb
- cheguabbas dan Chegu Fatin (ahli cikgu blogger)
- Rara Katsukei & Farah Wahida
- Cik Diana dan rakan-rakan (ahli cikgu blogger)
- Cik Mas
Thursday, September 1, 2011
#Kenangan : Murid istimewa hasilkan Jalur Gemilang 20 meter
Murid istimewa hasilkan Jalur Gemilang 20 meter[Guru Besar SK Padang Kala (bertali leher), Ab Aziz Salleh bersama murid PPKI yang berjaya menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 20 meter di sekolah itu di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini]
Murid-murid istimewa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala berjaya menyiapkan Jalur Gemilang sepanjang 20 meter di Kota Bharu, Kelantan,, baru-baru ini.
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah itu, Zaidee Jusoh berkata, kejayaan tersebut merupakan satu mercu tanda ke arah melahirkan generasi daripada kalangan murid kurang upaya untuk mengenal, menghayati dan mencintai negara terutamanya lambang kemegahan kita iaitu Jalur Gemilang.
"Semoga dengan penghasilan Jalur Gemilang ini mampu meningkatkan semangat kemerdekaan bukan sahaja di kalangan murid kurang upaya malah kepada semua warga sekolah untuk menyambut hari kemerdekaan tidak lama lagi," katanya.
Menurut beliau, penghasilan bendera itu bukan sahaja memenuhi hasrat dan saranan kerajaan dalam menghayati bulan kemerdekaan malah menjadikan bangunan PPKI sebuah bangunan yang ceria serta menarik dihiasi dengan Jalur Gemilang.
Bendera itu disiapkan dalam tempoh empat hari oleh murid istimewa yang dikawal selia oleh guru PPKI dan pembantu pengurusan murid.
"Ia membuktikan bahawa murid-murid istimewa juga mempunyai rasa tanggungjawab kepada negara, memelihara kedaulatan Jalur Gemilang, bersama menggerakkan wawasan negara, mengenal sejarah kemerdekaan negara dan mengenal konsep 1 Malaysia," jelas Zaidee.
Pada masa yang sama, ujarnya, projek membuat bendera ini berjaya menjalinkan semangat kerja berpasukan antara semua pihak.
- Tahniah kepada semua warga PPKI, Guru Besar SK Padang Kala dan murid-murid Pendidikan Khas atas setiap kejayaan yang dicurahkan. semoga dipermurahkan lagi rezeki kalian dan kanak-kanak istimewa.
- Sk Padang Kala merupakan sekolah yang memiliki pentadbiran yang cekap dan guru-guru yang berada di sana sangat komited menjalankan tugas. Ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya berpraktikum disana. Rasa kagum dan teruja apabila diberikan peluang berada di sekolah tersebut.