Tuesday, November 30, 2010

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

panas..memang isu panas!! tgk lah tajuk sahaja...berani mati...cik mas baru baca perkara ni di FB...sape2 yg terbaca & nk kongsikan pendapat..silalah...


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.


Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.


Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.


''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.


''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.


Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.


Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.


Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.


Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?


Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.


Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.


Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


KLIK SINI untuk ke page FB penulis

pada pendapat cikmas...isu seperti ni bukan niat penulis hendak menghina kaum Adam....anda yg terbaca jangan pula terasa hati tidak bertempat..tiba2 mengata penulis seolah2 merendah2kan darjat seorg lelaki. tidak! tidak sama sekali. isu ini buat tatapan kepada kaum adam & hawa, kita hendaklah saling menerima kelemahan & kekurangan diri masing.. jgn hanya tahu mencari slh pasangan, apa salahnya saling membimbing?

setiap manusia tiada yg sempurna di muka bumi ini. jadi sudah tentu pasangan yg kita miliki juga tidak sesempurna yg kita harapkan. hargai mereka seperti mana mereka menghargai kita. hormati juga mereka seperti mereka menghormati & menyanjungi kita. maka, aman bahagia lah pasangan itu jika mereka saling bertolak ansur & saling memahami...

P/S : buka minda, berpikiranlah dengan positif

11 anak murid kena cubit:

Qib on 3:22 AM, November 30, 2010 said... BALAS

xtau la cik mas. mana shoutbox ni

Nadd on 3:26 AM, November 30, 2010 said... BALAS

tau takpe!

suke entry ni. sokong!
thx for sharing. :)

cik mas on 3:29 AM, November 30, 2010 said... BALAS

nad :

wlcme..terbace kat FB seseorg td..cik mas kongsikan sahaja.. :)

ijatnuar87 on 4:11 AM, November 30, 2010 said... BALAS

ahaks...dah biasa sgt tu...well,perkahwinan ni satu perkongsian...jadi pndai2 la,hehehe

cik manis on 5:02 AM, November 30, 2010 said... BALAS

laki salu nk pempuan prfect je jd bini, tpi dri sdri tak repair *emo*

hihi. manis penah tulis pasal isu ni last year,

http://manis-sweet.blogspot.com/2009/07/pertanyaan-dari-xx-kepada-xy.html

:D

cik manis on 5:03 AM, November 30, 2010 said... BALAS

laki salu nk pempuan prfect je jd bini, tpi dri sdri tak repair *emo*

hihi. manis penah tulis pasal isu ni last year,

http://manis-sweet.blogspot.com/2009/07/pertanyaan-dari-xx-kepada-xy.html

:D

Nuruashia on 5:33 AM, November 30, 2010 said... BALAS

huhuhu.. btol tu cik mas.. kalo pompuan ta reti msk bole cr bibik but kalo laki ta ley jd imam bole kee cr bibik..??

cik mas on 5:57 AM, November 30, 2010 said... BALAS

manis :

akk dh g ke destinasi yg d kate kan..mmg entry yg bgs adik syg... :)

cik mas on 5:58 AM, November 30, 2010 said... BALAS

nuru ashi :

yup...sokong kamu.. :)

Ainna Jalil on 9:53 PM, November 30, 2010 said... BALAS

sayang! enna nak kongsi ni boleh tak? can i can i? ^.^

cik mas on 11:06 PM, November 30, 2010 said... BALAS

silakan dear.. :)

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas