Thursday, November 25, 2010

knape perlu berdamping dgn benda halus??


Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

...ari ni je dh dengar berita mcm2 psl manusia yg durjana...berdamping dengan mkhluk halus utk kepuasan diri..apa makna nya??? susahla kalo semua manusia berfikiran begini..sgt cetek akalnya smpai sanggup menyeksa & menganiaya org lain....adakah mereka x sedar akan adanya hukum karma & azab di dlm kubur & pdg mahsyar...ya Allah...kau bimbinglah manusia yg sudah terpesong ni.....

sekadar pengajaran....baru2 ni kwn kepda mak mas dh terkena buatan org.....kata nya HR...anda faham kan....ini hasil dengki mendengki & hasutan syaitonirrojim yg buat manusia ni hilang kewarasan.....berebut harta yg x kan di bawa masuk ke dlm kubur...berbalik kepada situasi terkena buatan 2.... kwn mak mas betul2 terseksa....& plg nmpak kesannya bila beliau baca al Quran dlm rumah....seolah2 bnda tersebut berdiri dengan keadaan tubuh bdn yg berwarna hitam & besar seperti gorilla......ya ALlah mintak simpang & dijauhkan....beliau kuatkan semangat....harap2 beliau teruskan kekuatan untuk hadapi makhluk Allah tersebut...& mudah2an semua berakhir dengan baik...cik mas tahu ramai lagi yg ada pengalaman seperti ini..anda boleh kongsikan sbgai pengajaran kpd org lain...

Perkara yang terbaik utk kita lakukan bagi mengelakkan sihir adalah sentiasa menjaga kualiti solat lima waktu kita.

Baca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited. Seperti dalam firman ALLAH ertinya :

" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" ( Al-Hijr: 42)

Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99)

Berwuduklah sebelum tidur...

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci’"


P/S : sama2lah beramal & kuatkan diri dengan ayat2 Al-Quran agar d jauhkan dr perkara2 & sebarang malapetaka x diingini...jika ia berlaku...haruslah redha, sabar & tawakal...Allah maha mengetahui....


wallahua'lam.....

0 anak murid kena cubit:

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas