Saturday, December 4, 2010

tekanan emosi

"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"


Apakah strategi yang mudah kita lakukan untuk menangani tekanan emosi :-

  • Memahami bahawa perubahan sikap adalah perlu.
  • Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan dan reda atas segala dugaan serta sentiasa melihat kepada kelebihan, jangan memikirkan kekurangan
  • Mengenali reaksi badan dan memahami ada masanya reaksi badan tidak sesuai serta berusaha mengubah reaksi badan dengan melakukan teknik pernafasan melalui latihan jasmani (breathing exercise) dan rohani melalui tafakur.
  • Ada masanya kita tertekan oleh perangai orang lain, dia tidak seperti yang kita sangka, sebab perangai dan perbuatannya lain daripada hakikat. Terimalah hakikat dan buangkan pengharapan kita. Terimalah semua manusia seadanya. Terimalah perbezaan pendapat dengan cara yang baik dan bertata susila.
  • Faham bahawa kita boleh mengubah diri sendiri dan hanya dengan perubahan diri yang kita dapat menangani emosi dan keadaan apa juga pun. Kita tidak boleh mengubah diri orang lain.
  • Dapatkan kekuatan dan ilham diri dari tafakur, solat dan doa. Belajar cara yang paling berkesan untuk melakukan segala ibadat ini.
  • Belajar untuk bersabar dengan kerenah manusia sebagaimana Rasulullah bersabar dengan penduduk Taif yang melemparnya dengan batu. Namun, Baginda berdoa :"Ya Allah, ampunkanlah mereka kerana mereka tidak ketahui apa yang mereka lakukan."


p/s : Menangis adalah proses menyesali akan perbuatan yang dilakukan. Menangis sepuas-puas hati juga mampu menghilangkan tekanan emosi =.=

5 anak murid kena cubit:

Mek Onie on 7:40 AM, December 04, 2010 said... BALAS

laaaa, ingat cik mas tengah emo, HEHE..

cik mas on 7:43 AM, December 04, 2010 said... BALAS

meaw :

lebih kurang jugak la..tengan motivate diri nih..hukhuk.. :(

cik manis on 7:39 PM, December 04, 2010 said... BALAS

duk mktb slalu tekanan emosi kan kak mas? :(

tenks 4 sharing da info kak =)

cik mas on 8:16 PM, December 04, 2010 said... BALAS

manis : taw x pe..patot la ade kes dlu2 dak maktab bunuh diri kan..

eiela on 8:27 PM, December 04, 2010 said... BALAS

bagus nih kongsi info, tapi memang menangis dapat melegakan tekanan tuh.

Latest Entri :
Blogwalking Diganti Dengan Bloglarian

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas